Pada 5 Februari 2012 (Ahad) yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), telah menganjurkan program perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1433 H / 2012 M bertempat di Stadium Malawati Shah Alam. Bersesuaian dengan tema ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’, sambutan Maulidur Rasul ini telah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah di sekitar Negeri Selangor. Program perarakan ini bertujuan untuk memperingati ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W.) pada tanggal 12 Rabiulawal. Selain itu, ia juga bertujuan bagi merapatkan ukhuwah sesama muslimin. LUAS juga telah mengambil bahagian dalam acara perbarisan sempena sambutan Maulidur Rasul ini dan disertai seramai 45 orang kakitangan. Pada program tersebut, Duli Yang Maha Mulia, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, telah sudi untuk mencemar duli bagi merasmikan program tersebut. Program berakhir pada jam 12.00 tengahari.










