OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor

 
Tingkat 13,
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

PERKHIDMATAN KAMI

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini291
mod_vvisit_counterSemalam443
mod_vvisit_counterMinggu Ini1163
mod_vvisit_counterBulan Ini3474
mod_vvisit_counterJumlah323168

Tetamu Atas Talian

We have 5 guests online
You are here: UTAMA arrow INFO LUAS arrow MAKLUMAT ASAS arrow PENGENALAN arrow KRONOLOGI
Kronologi Penubuhan LUAS PDF Print E-mail

 Fishing Thames River, LondonPada Julai 1997 Jemaah Menteri meminta Kementerian Pertanian dan seterusnya Kerajaan Negeri Selangor mengkaji kualiti air sungai dan cadangan penubuhan Lembaga atau Perbadanan sebagai institusi untuk menguruskan sumber air dan sungai dengan mengambil Sg. Selangor sebagai projek perintis.

 

Kerajaan Negeri Selangor kemudiannya menyusuli perkara ini dengan menganjurkan lawatan teknikal dan kajian awal oleh pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Selangor ke Eropah Barat (United Kingdom, Sweden, France, Austria dan Switzerland) pada 20 September hingga 3 Oktober 1997 untuk meninjau dan mengkaji model institusi dan perundangan yang sesuai yang berkaitan pengurusan sungai di Eropah. Seterusnya diikuti dengan program bengkel, kajian terperinci oleh perunding dan menyediakan Kertas-kertas MMKN untuk tujuan ini.

 

Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan seperti Jawatankuasa Pemandu Penyediaan Draf Enakmen yang  dipengerusi oleh YB Penasihat Undang-Undang, Jawatankuasa Penyelaras dipengerusikan oleh Pengarah Unit Perancang dan Pembangunan Negeri (UPPN) Selangor bagi memantau dan menyelaras penubuhan institusi dan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Pengarah JPS Negeri bagi mengkaji aspek teknikal dan pembangunan institusi.  Pada bulan Oktober 1998, MMKN telah bersetuju mengenai cadangan untuk menubuhkan Pasukan Petugas bagi menyelaras dan memudah-cara kajian berhubung dengan penubuhan Lembaga Urusungai dan Pasukan Petugas ini diketuai oleh JPS Selangor dan dianggotai oleh jabatan-jabatan berkaitan.

 

Penyelarasan perundangan juga telah dibuat dengan Kerajaan Persekutuan dan akhirnya pada 9 April 1999, Dewan Undangan Negeri Selangor telah meluluskan Enakmen Khas untuk tujuan ini yang dinamakan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999. Mesyuarat Lembaga yang pertama yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar telah diadakan pada 2 Ogos 1999. Antara lain keputusan mesyuarat ialah mencadangkan perlantikan Timbalan Pengarah JPS Selangor iaitu Ir Hj. Rahmat B. Mohd Sharif sebagai Pengarah LUAS dan Enakmen LUAS mula  berkuatkuasa pada 15 September 1999.

 

 
< Prev

VIDEO PILIHAN - Integrated River Basin Management (IRBM) for Sungai Selangor

Get the Flash Player to see this player.