Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Tetamu Atas Talian
We have 2 guests online| PROGRAM SUKARELAWAN LUAS DI ZOO NEGARA |
|
|
|
| Written by mohd noh @ PRO LUAS | |
| Tuesday, 29 December 2009 | |
|
Pada 25 Disember 2009 (Jumaat) yang lalu, Lembaga Urus Air Selangor telah menyertai Program Sukarelawan di Zoo Negara, Kuala Lumpur bersama Komuniti Pangsapuri Sri Baiduri, Ukay Perdana, Ampang dan Komuniti Surau Al-Husna Seksyen 20, Shah Alam. Seramai 3 orang wakil dari LUAS terlibat dalam program tersebut. ![]() Program sukarelawan yang dianjurkan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang rapat di antara manusia dan hidupan liar dengan cara mempelajari untuk memahami keperluan dan cara hidupan haiwan. Selain itu, ia juga dapat menjalinkan kerjasama antara LUAS, Zoo Negara dan NGO’s selain memberikan pendedahan kepada sukarelawan tentang pengurusan haiwan sekaligus mendekatkan komuniti dengan pihak Zoo Negara. Haiwan seperti tikus besar, memerang, beruang dan landak adalah antara mamalia yang sempat didekati oleh ahli sukarelawan. Perkara utama yang diambil berat di Zoo ini ialah faktor kebersihan samada sumber makanan, sumber air minum ataupun kawasan persekitarannya. Sebahagian sumber makanan yang diperolehi adalah hasil dari sumbangan dermawan-dermawan yang prihatin terhadap haiwan liar yang dipelihara di Zoo ini. Program berakhir pada jam 5.00 petang. Secara keseluruhannya peserta program sukarelawan ini telah mendapat pengalaman yang amat berguna serta mengetahui pelbagai maklumat tentang spesis haiwan yang terdapat di Zoo. ![]()
|
|
| Last Updated ( Tuesday, 29 December 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|























