OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor

 
Tingkat 13,
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

PERKHIDMATAN KAMI

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini316
mod_vvisit_counterSemalam463
mod_vvisit_counterMinggu Ini1651
mod_vvisit_counterBulan Ini3962
mod_vvisit_counterJumlah323657

Tetamu Atas Talian

We have 12 guests online
You are here: UTAMA arrow BERITA arrow UMUM arrow PROGRAM SEMPENA KARNIVAL MESRA BERBUDAYA BERSAMA RAKYAT
PROGRAM SEMPENA KARNIVAL MESRA BERBUDAYA BERSAMA RAKYAT PDF Print E-mail
Written by mohd noh @ PRO LUAS   
Wednesday, 27 January 2010

             Pada 23 Januari 2010 (Sabtu) yang lalu, satu program pameran sempena Karnival Mesra Berbudaya Bersama Rakyat telah diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di mana karnival ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Program ini disertai oleh pelbagai agensi termasuklah, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi kerajaan yang lain.

  

             Bersesuaian dengan tema program tersebut iaitu “Budaya Disanjung Tradisi Diwarisi”, program ini bertujuan merapatkan hubungan diantara masyarakat dengan agensi kerajaan serta dapat memupuk minat para peserta terhadap sukan budaya dan tradisional yang hampir pupus dimakan dek zaman.

  

             LUAS diwakili oleh 8 (lapan) orang kakitangan yang bertugas dalam memberikan penerangan mengenai fungsi LUAS serta kepentingan menjaga sumber air. Sesi penerangan yang disampaikan banyak menekankan kepada aspek pencemaran air yang berlaku pada masa kini terutama di Negeri Selangor. Pada jam 4.00 petang, ‘booth’ pameran LUAS telah dikunjungi oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Khalid Bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor serta tetamu VIP yang lain. Semasa kunjungan beliau, pelbagai penerangan mengenai program-program yang dianjurkan oleh LUAS terutamanya Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak, Program Qua-Qua dan Projek Belangkas telah diberikan oleh para petugas pameran LUAS.

        
        
              Semasa karnival berlangsung wakil daripada pihak LUAS juga telah menyertai acara boling buah kelapa kategori terbuka dan telah mendapat tempat ke-2 dalam acara sukaneka tersebut. Program berakhir pada jam 6.30 petang. Program ini telah mendapat sambutan baik daripada pengunjung yang hadir pada pemeran tersebut dan ‘booth’ pameran LUAS telah dikunjungi lebih kurang 100 orang pengunjung.
 
     


 

Last Updated ( Monday, 21 June 2010 )
 
< Prev   Next >

VIDEO PILIHAN - Integrated River Basin Management (IRBM) for Sungai Selangor

Get the Flash Player to see this player.