OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor

 
Tingkat 13,
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

PERKHIDMATAN KAMI

Carian

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini316
mod_vvisit_counterSemalam463
mod_vvisit_counterMinggu Ini1651
mod_vvisit_counterBulan Ini3962
mod_vvisit_counterJumlah323657

Tetamu Atas Talian

We have 11 guests online
You are here: UTAMA
PROGRAM SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI TANAH LEMBAP SEDUNIA 2010 PDF Print E-mail
Written by mohd noh @ PRO LUAS   
Monday, 08 February 2010

              Pada 2 Februari 2010 (Selasa) yang lalu, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) telah menganjurkan satu program pameran sempena Majlis Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2010 di Taman Alam Kuala Selangor. Program ini telah disertai oleh pelbagai agensi termasuklah, Tourism Selangor, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

  

              Program ini bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2010 serta memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa tanah lembap dengan kepelbagaian biologinya yang tinggi menawarkan pelbagai ekosistem seperti makanan, bekalan air, perlindungan daripada ribut, mengawal banjir serta hakisan.

  

              LUAS diwakili oleh 5 (lima) orang kakitangan yang bertugas dalam memberikan penerangan mengenai fungsi LUAS serta kepentingan menjaga sumber air. Sesi penerangan yang disampaikan banyak menekankan kepada aspek pencemaran air yang berlaku pada masa kini terutama di Negeri Selangor. ‘Booth’ pameran LUAS telah dikunjungi oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd Nor, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia serta tetamu VIP yang lain. Semasa kunjungan beliau, pelbagai penerangan mengenai program-program yang dianjurkan oleh LUAS terutamanya Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak, Program Qua-Qua dan Projek Belangkas.

    

              Program berakhir pada jam 12.30 tengahari. Secara keseluruhannya program ini telah mendapat sambutan baik daripada pengunjung yang hadir dan ‘booth’ pameran LUAS telah dikunjungi lebih kurang 70 orang pengunjung.

    

 

Last Updated ( Tuesday, 11 May 2010 )
 
< Prev   Next >

VIDEO PILIHAN - Integrated River Basin Management (IRBM) for Sungai Selangor

Get the Flash Player to see this player.