Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Tetamu Atas Talian
We have 11 guests online| PROGRAM PELANCARAN KITAR SEMULA SISA MINYAK MASAK |
|
|
|
| Written by mohd noh @ PRO LUAS | |
| Thursday, 11 February 2010 | |
|
Pada 7 Januari 2010 (Ahad) yang lalu, Program Pelancaran Kitar Semula Sisa Minyak Masak bersama komuniti telah diadakan di Perkarangan Surau Sri Baiduri, Ukay Perdana, Ampang. Aktiviti yang dianjurkan oleh komuniti Sri Baiduri, Ukay Perdana ini turut melibatkan pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebagai penganjur bersama. Aktiviti yang bermula pada pukul 9.30 pagi ini telah dihadiri tetamu kehormat iaitu, ADUN Hulu Kelang, Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib, Ahli Majlis Zon 4 MPAJ, Encik Abdul Latif Bin Shaari, Ketua Penolong Pengarah LUAS, Encik Nor Zamri Bin Sondor dan Pengerusi Jemaah Muslimat Surau Sri Baiduri, Puan Muhaidatul Ismah Binti Ismail . Turut hadir ialah wakil-wakil penduduk untuk setiap komuniti yang lain terlibat. ![]() Program ini bertujuan untuk memupuk sikap orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam sekitar terutamanya dari segi pembuangan sisa minyak masak. Ini kerana, kebanyakan suri rumah atau pengusaha restoran dan gerai membuang sisa minyak masak yang telah digunakan terus ke dalam sumber air seperti sungai tanpa memikirkan kesannnya kepada alam sekitar. Justeru itu, program yang dianjurkan ini mempunyai matlamat untuk menyedarkan orang ramai bahawa, sisa minyak masak yang telah digunakan boleh diguna semula untuk pembuatan biodiesel, lilin, dan bahan campuran makanan untuk binatang ternakan. ![]() Program pada pagi itu dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Penolong Pengrah LUAS, Encik Nor Zamri Bin Sondor, ucapan dari Ahli Majlis Zon 4, Encik Abdul Latif Bin Shaari dan seterusnya ucapan perasmian oleh ADUN Hulu Kelang, Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib. Di dalam ucapannya, beliau menyanjung usaha yang telah dijalankan ini dan berharap program seumpama ini akan dapat diperluaskan kepada komuniti lain di negeri Selangor. Upacara simbolik perasmian telah dilakukan oleh Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib dengan menuang sisa minyak masak ke dalam tong yang telah disediakan diiringi tetamu kehormat yang lain. Komuniti-komuniti ini akan mengumpul minyak masak terpakai daripada penduduk sebelum dijual kepada sebuah kilang memproses minyak dengan harga RM170 setong.
Seterusnya, Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib dan tetamu kehormat yang lain melawat ke pameran yang diadakan di tapak program. Antara jabatan yang terlibat dalam pameran itu ialah LUAS dan Alam Flora. Semasa lawatan ke pameran LUAS, tetamu kehormat telah diberi taklimat oleh kakitangan LUAS mengenai program- program yang dijalankan oleh LUAS seperti Program Qua-Qua, Projek Belangkas dan sebagainya.
Program diakhiri dengan jamuan makan. Secara keseluruhannya program ini telah mencapai objektifnya di mana ramai penduduk yang hadir berminat untuk terlibat dalam program kitar semula sisa minyak masak ini.
|
|
| Last Updated ( Thursday, 15 July 2010 ) |
| < Prev | Next > |
|---|























