Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Carian
Tetamu Atas Talian
We have 11 guests online| PROGRAM SEMPENA SEMINAR POLISI KESEDARAN ALAM SEKITAR |
|
|
|
| Written by mohd noh @ PRO LUAS | |
| Wednesday, 24 February 2010 | |
|
Pada 23 Februari 2010 (Selasa) yang lalu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menganjurkan Seminar Polisi Kesedaran Alam Sekitar di Auditorium Menara MPAJ. Selain daripada LUAS, program ini telah disertai oleh Alam Flora Sdn. Bhd., Polis Diraja Malaysia (PDRM), Universiti Malaya (UM), Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan pelbagai agensi lain yang berkaitan. ![]() Seminar ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain itu, seminar ini turut memberi idea kepada peserta mengapa satu polisi Alam Sekitar yang komprehensif diperlukan dan bukan setakat memenuhi undang-undang yang sedia ada. ![]() Wakil daripada LUAS, Encik Mazlan bin Idrus, Pegawai Laut LUAS, telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Penglibatan Komuniti Dalam Penjagaan Sumber Air Dan Alam Sekitar”. LUAS juga telah membuka ‘booth’ pameran di mana dua (2) orang kakitangan telah ditugaskan untuk memberi penerangan mengenai fungsi LUAS serta kepentingan menjaga sumber air. Sesi penerangan yang disampaikan banyak menekankan kepada aspek pencemaran air yang berlaku pada masa kini terutama di Negeri Selangor. ![]() Program berakhir pada jam 12.30 tengahari. Secara keseluruhannya seminar ini telah mendapat sambutan baik daripada peserta yang hadir. ![]()
|
|
| Last Updated ( Monday, 15 March 2010 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
























