Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Tetamu Atas Talian
We have 6 guests online| HARI BERTEMU PELANGGAN BERSEPADU PERINGKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR |
|
|
|
| Written by mohd noh @ PRO LUAS | |
| Wednesday, 23 June 2010 | |
|
Bertempat di Tesco Kuala Selangor, satu program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah diadakan pada 19 dan 20 Jun 2010 (Sabtu dan Ahad). Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini disertai oleh 27 agensi kerajaan yang mempunyai pelbagai fungsi dan perkhidmatan. Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor(JPBD), Warisan Anak Selangor dan lain-lain lagi. Seramai 5 orang wakil dari Lembaga Urus Air Selangor terlibat dalam program tersebut. ![]() LUAS juga turut mengadakan pameran yang bertujuan memperkenalkan peranan dan fungsi LUAS kepada para pengunjung yang hadir. Seawal jam 10.00 pagi, ‘booth’ LUAS telah dikunjungi oleh pengunjung yang kebanyakannya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang LUAS. Program ini telah mendapat sambutan baik daripada pengunjung yang hadir dan ‘booth’ pameran LUAS telah dikunjungi lebih kurang 200 orang pengunjung. Program yang berlangsung dua (2) hari ini mencapai objektifnya di mana ia mendekatkan agensi kerajaan dengan orang ramai di samping member peluang kepada orang awam, khususnya memberi maklumbalas berhubung mutu perkhidmatan agensi di Negeri Selangor. ![]()
|
|
| Last Updated ( Tuesday, 06 July 2010 ) |
| < Prev | Next > |
|---|























