Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Tetamu Atas Talian
We have 5 guests online
BERITA
UMUM
PROGRAM PEMULIHARAAN SUMBER AIR MELALUI KITAR SEMULA SISA MINYAK MASAK | PROGRAM PEMULIHARAAN SUMBER AIR MELALUI KITAR SEMULA SISA MINYAK MASAK |
|
|
|
| Written by mohd noh @ PRO LUAS | |
| Tuesday, 20 July 2010 | |
|
Pada 10 Julai 2010 (Sabtu) yang lalu, Program Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak bersama komuniti telah diadakan di Padang Pinggiran Batu Caves Fasa 2. Aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Pinggiran Batu Caves Fasa 2, ini turut melibatkan pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) sebagai penganjur bersama. Program ini telah dirasmikan oleh YABhg Puan Sri Datin Seri Salbiah binti Tunut, Isteri YAB Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor merangkap YDP PEKAWANIS. Turut hadir ialah Selangor YB Dato’ Dr. Hasan bin Mohamed Ali, ADUN Gombak Setia, YB Puan Rodziah binti Ismail, ADUN Batu Tiga, En Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Pegawai Daerah Gombak, En Norzamri bin Sondor, Ketua Penolong Pengarah LUAS, En Mahadhir bin Sulaiman, Pengerusi Persatuan Penduduk Pinggiran Batu Caves serta tetamu kehormat yang lain dan wakil-wakil penduduk untuk setiap komuniti yang terlibat. Dalam ucapannya, beliau menyanjung usaha yang telah dijalankan ini dan berharap program seumpama ini akan dapat diperluaskan kepada komuniti lain di negeri Selangor. ![]() Upacara simbolik perasmian telah dilakukan oleh semua tetamu kehormat dengan menuang sisa minyak masak ke dalam tong yang telah disediakan. Komuniti-komuniti ini akan mengumpul minyak masak terpakai daripada penduduk sebelum dijual kepada sebuah kilang memproses sisa minyak masak kepada biodisel untuk menambah tabung persatuan. ![]()
Program ini bertujuan untuk mengubah sikap orang ramai terhadap penjagaan sumber air dan alam sekitar terutamanya dari segi pembuangan sisa minyak masak. Ini kerana, kebanyakan suri rumah atau pengusaha restoran dan gerai membuang sisa minyak masak yang telah digunakan terus ke dalam sinki atau longkang tanpa memikirkan kesannnya kepada sungai dan pesisir pantai. Justeru itu, program yang dianjurkan ini mempunyai matlamat untuk menyedarkan orang ramai bahawa, sisa minyak masak yang telah digunakan boleh diproses semula untuk pembuatan biodiesel, lilin, bahan pencuci dan bahan campuran makanan untuk binatang ternakan. ![]()
Selain LUAS, pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) juga turut serta mengadakan pameran berkaitan air. Secara keseluruhannya program ini telah mencapai objektifnya di mana ramai penduduk yang hadir berminat untuk terlibat dalam program kitar semula sisa minyak masak ini. ![]()
|
|
| Last Updated ( Friday, 13 August 2010 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
























