OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor

 
Tingkat 13,
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

PERKHIDMATAN KAMI

Carian

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini207
mod_vvisit_counterSemalam443
mod_vvisit_counterMinggu Ini1080
mod_vvisit_counterBulan Ini3391
mod_vvisit_counterJumlah323084

Tetamu Atas Talian

We have 2 guests online
You are here: UTAMA
KARNIVAL SUNGAI 2010 PDF Print E-mail
Written by mohd noh @ PRO LUAS   
Tuesday, 20 July 2010

  Menyedari usaha mendidik masyarakat untuk lebih menghargai alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menyertai  satu Program Pameran Kesedaran Awam sempena ‘Karnival Sungai ’ anjuran Global Environment Centre dengan kerjasama GAB Foundation yang telah diadakan pada 18 Julai 2010 ( Ahad ) yang lalu.

  

  Program yang disertai oleh pelbagai agensi ini bertujuan untuk mendidik komuniti setempat tentang kepentingan memelihara dan memulihara sungai daripada terus tercemar. Pelbagai agenda dijalankan pada  hari tersebut antaranya Peraduan Mewarna dan Larian Sungai, ‘River Hunt’ dan  ‘Recycle  Game’.

  

  Tetamu kehormat yang terdiri daripada Presiden Global Environment Centre dan delegasi dari luar negara telah melawat ke ‘booth’ pameran termasuklah pameran yang diadakan oleh LUAS. Pelbagai penerangan mengenai program-program yang dianjurkan LUAS telah diberikan oleh para petugas pameran LUAS. Antara penerangan yang diberikan kepada para pengunjung ialah, mengenai Program Pemuliharaan Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak, Program Qua- Qua dan fungsi  LUAS  dalam pengurusan air di Selangor.

  

  Seperti mana program pameran yang disertai LUAS sebelum ini, ‘booth’ pameran LUAS sentiasa meriah dengan kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa. Kebanyakkan mereka bersemangat untuk menjawab dan mencuba soalan kuiz yang diberikan oleh para petugas pameran.

  

Secara keseluruhannya, kerjasama baik yang dijalinkan LUAS dengan Global Environment Centre ini diharapkan dapat membawa perubahan dari segi mentaliti bahawa usaha memelihara dan memulihara alam sekitar ini adalah tanggungjawab  bersama semua pihak. Program berakhir pada jam 3.00 petang.

  

 

 

Last Updated ( Tuesday, 20 July 2010 )
 
< Prev   Next >

VIDEO PILIHAN - Integrated River Basin Management (IRBM) for Sungai Selangor

Get the Flash Player to see this player.