Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Tetamu Atas Talian
We have 6 guests online| KARNIVAL SUNGAI 2010 |
|
|
|
| Written by mohd noh @ PRO LUAS | |
| Tuesday, 20 July 2010 | |
|
Menyedari usaha mendidik masyarakat untuk lebih menghargai alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menyertai satu Program Pameran Kesedaran Awam sempena ‘Karnival Sungai ’ anjuran Global Environment Centre dengan kerjasama GAB Foundation yang telah diadakan pada 18 Julai 2010 ( Ahad ) yang lalu. ![]() Program yang disertai oleh pelbagai agensi ini bertujuan untuk mendidik komuniti setempat tentang kepentingan memelihara dan memulihara sungai daripada terus tercemar. Pelbagai agenda dijalankan pada hari tersebut antaranya Peraduan Mewarna dan Larian Sungai, ‘River Hunt’ dan ‘Recycle Game’. ![]()
Tetamu kehormat yang terdiri daripada Presiden Global Environment Centre dan delegasi dari luar negara telah melawat ke ‘booth’ pameran termasuklah pameran yang diadakan oleh LUAS. Pelbagai penerangan mengenai program-program yang dianjurkan LUAS telah diberikan oleh para petugas pameran LUAS. Antara penerangan yang diberikan kepada para pengunjung ialah, mengenai Program Pemuliharaan Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak, Program Qua- Qua dan fungsi LUAS dalam pengurusan air di Selangor. ![]() Seperti mana program pameran yang disertai LUAS sebelum ini, ‘booth’ pameran LUAS sentiasa meriah dengan kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa. Kebanyakkan mereka bersemangat untuk menjawab dan mencuba soalan kuiz yang diberikan oleh para petugas pameran. ![]()
Secara keseluruhannya, kerjasama baik yang dijalinkan LUAS dengan Global Environment Centre ini diharapkan dapat membawa perubahan dari segi mentaliti bahawa usaha memelihara dan memulihara alam sekitar ini adalah tanggungjawab bersama semua pihak. Program berakhir pada jam 3.00 petang. ![]()
|
|
| Last Updated ( Tuesday, 20 July 2010 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
























