OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor

 
Tingkat 13,
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

PERKHIDMATAN KAMI

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini315
mod_vvisit_counterSemalam463
mod_vvisit_counterMinggu Ini1650
mod_vvisit_counterBulan Ini3961
mod_vvisit_counterJumlah323656

Tetamu Atas Talian

We have 6 guests online
You are here: UTAMA arrow INFO LUAS arrow MAKLUMAT ASAS arrow BAHAGIAN DAN FUNGSI
Bahagian dan Fungsi PDF Print E-mail

Bahagian Perkhidmatan Korporat

Fungsi :

  • Menyedia dan menguruskan khidmat pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan maklumat perkhidmatan.

  • Memberi perkhidmatan pengurusan pelanggan dan perhubungan awam.

  • Mengurus kewangan LUAS


Bahagian Perancangan dan Pengezonan

Fungsi :

  • Menyelaras rancangan pembangunan (rancangan struktur, rancangan tempatan daerah, rancangan kawasan khas ) dan pengezonan dalam pengurusan sumber air.

  • Memberi khidmat nasihat dalam penilaian laporan cadangan pembangunan berdasarkan peruntukan Enakmen dan peraturan-peraturan yang digubal di bawahnya.

  • Menyelaras kajian dan penyelidikan berkaitan pengurusan sumber air.

  • Menyelaras dan menyokong aktiviti Lembaga melalui pembangunan sistem dan aplikasi GIS.

 

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Fungsi :

  • Merancang, menyedia dan mengurus prasarana ICT Jabatan seperti sistem rangkaian (LAN), internet, intranet dan emel.

  • Merancang dan menguruskan keperluan dan pembelian perkakasan dan perisian komputer.

  • Menyelaras pembangunan pangkalan data dan sistem aplikasi.

  • Mengendali dan menyelenggarakan perkakasan, perisian dan sistem aplikasi.

  • Merancang dan menguruskan program latihan ICT dan kesedaran keselamatan ICT.

  • Mengendali dan menguruskan laman web Jabatan.

  • Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal ICT kepada semua kakitangan.

 

 

Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan

Fungsi :

  • Memastikan peruntukan Enakmen LUAS dan peraturan-peraturan yang digubal di bawahnya dikuatkuasakan sejajar dengan pembangunan dan perancangan Lembaga.

  • Menggubal dan menyemak peraturan-peraturan dan prosedur perundangan dari masa ke semasa mengikut keperluan.

  • Menyelaras penguatkuasaan dan pematuhan Enakmen LUAS serta peraturan-peraturan di bawahnya.

  • Membantu bahagian-bahagian lain dalam hal-hal yang berkaitan dengan perundangan.

 

 

Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai

Fungsi :

  • Menguruskan lembangan sungai terutamanya menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan berterusan ke atas sumber pencemaran bagi memastikan kualiti air mentah terjamin serta pemantauan dan penguatkuasaan kecemasan pencemaran sumber air melalui Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai, Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air dan Pemantauan Air Terawat dan Pasukan Petugas Mengawal Pencemaran Lembangan Sungai.

  • Menguruskan dan menyelaraskan pelaksanaan Skim Pelesenan dan Caj Abstraksi Sumber Air.

  • Menguruskan dan menyelaraskan pelaksanaan pemberian Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber.

  • Menyelaras pemberian lesen pelencongan bagi jana kuasa mini hidro.

  • Pelaksanaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM)

  • Memberi khidmat nasihat dalam Penilaian Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan Enakmen LUAS 1999.


Bahagian Perairan Pantai

Fungsi :

  • Menyelaras dan mengawal selia dan melaksanakan Pelan Pengurusan Perairan Pantai Bersepadu (ICM).

  • Menyelaras, mengawal selia dan memajukan program menebus guna perairan pantai.

  • Menyelaras, mengawal selia dan memajukan aktiviti navigasi dan rekreasi.


 
< Prev   Next >

VIDEO PILIHAN - Integrated River Basin Management (IRBM) for Sungai Selangor

Get the Flash Player to see this player.