OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor

 
Tingkat 13,
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

PERKHIDMATAN KAMI

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini296
mod_vvisit_counterSemalam443
mod_vvisit_counterMinggu Ini1168
mod_vvisit_counterBulan Ini3479
mod_vvisit_counterJumlah323174

Tetamu Atas Talian

We have 7 guests online
You are here: UTAMA arrow SOALAN LAZIM
Soalan Lazim PDF Print E-mail

 

Semua jawapan adalah berdasarkan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.



1.Apakah itu LUAS?

Seksyen 40(1)
LUAS bertanggungjawab bagi segala pengaturan dan kawalan semua sumber air, termasuklah pembangunan mampan, pengurusan, kegunaan dan pemuliharaan sumber air itu.


2.Apakah definisi sumber air?

Seksyen 2
Definisi sumber air ertinya mana-mana sungai, lembangan sungai, air bumi atau badan air.


3.Apakah definisi air bumi?

Seksyen 2
  • Definisi air bumi ertinya air bawah permukaan yang terdapat, di bawah aras air di dalam tanah-tanih dan bentukan geologik dan termasuklah;
  • sesuatu telaga, lubang gerek atau bentuk kerja sepertinya yang digali ke dalam strata bawah tanah, termasuklah mana-mana adit atau saluran yang dibina berhubungan dengan telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu bagi menyenangkan pengumpulan air di dalam telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu;
  • mana-mana penggalian ke dalam strata bawah tanah di mana paras air dalam penggalian itu bergantung sepenuhnya atau sebahagian besarnya kepada air yang memasukinya daripada strata itu; dan
  • mana-mana air bumi yang ditetapkan.


4.Apakah definisi sungai, badan air, tanah perairan dan perairan pantai?

Seksyen 2
  • Sungai ertinya mana-mana alur buatan, saluran air semulajadi atau mana-mana anak sungai atau lencongan buatan terhadapnya dan mana-mana kepongan di dalam alur.
  • Badan air ertinya mana-mana alur, tasik, kolam, tanah perairan, perairan pantai
  • Tanah perairan ertinya mana-mana kawasan paya, fen, tanah gambut, rawa atau tanah rendah yang ditenggelami atau dipenuhi air yang statik atau mengalir, sama ada semulajadi atau sebaliknya, tawar, keroh atau masin, mengikut musim, tidak berterusan atau berterusan dan termasuklah mana-mana tanah perairan yang ditetapkan.
  • Perairan pantai ertinya bahagian tertentu laut Negeri yang tidak melebihi tiga batu nautika diukur daripada tanda air surut pasang surut perbani biasa dan termasuklah semua tanah yang terletak di antara tanda air pasang dan tanda air surut pasang surut perbani biasa.


5.Mengapa perlu memohon lesen abstraksi air bumi atau air sungai dan badan air dari kerajaan negeri Selangor?

  • Kerajaan negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 13 April 2005 telah membuat keputusan dalam mengenakan lesen dan caj terhadap semua pengguna air bumi bagi tujuan komersial dan bekalan air bermula pada 1 Julai 2005RM 0.05/m3 bagi tujuan komersial dan RM 0.01/m3 bagi tujuan bekalan air.
  • Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 74, 77, Senarai 2 – Senarai Negeri menjelaskan air adalah termasuk dibawah kerja-kerja negeri bermaksud air adalah hakmilik kerajaan negeri dan sesiapa yang ingin mengambil air dari mana-mana sumber air mentah perlu mendapat kebenaran kerajaan negeri terlebih dahulu melalui lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
  • Langkah ini adalah merupakan cara kerajaan negeri bagi melindungi dan memulihara sumber air bumi dari diabstrak melebihi had, dibazirkan, tercemar atau timbul kesan sampingan yang lain seperti pemendapan tanah dan bertujuan memantau abstraksi air bumi seimbang mengikut kadar luahan selamat sesuatu kawasan.
 
 

6.Siapakah yang perlu memohon lesen abstraksi Air Bumi atau Air Sungai dan Badan Air ?

Premis atau perseorangan atau sesiapa sahaja yang ingin dan telahmenggunakan sumber air tersebut bagi tujuan komersial dan bekalan air.

 

 

7.Apakah peranan LUAS terhadap penggunaan Air Bumi,  dan Air Sungai dan Badan Air?

  • Seksyen 41(1)

LUAS hendaklah menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas penggunaan dan aliran air dalam mana-mana sumber air dan sama ada berlaku secara semulajadi atas permukaan atau subpermukaan tanah.
  • Seksyen 41(2)

Tiada seseorang pun atau pihak berkuasa awam boleh, kecuali dengan kelulusan LUAS, mengganggu aliran semulajadi air dalam mana-mana sumber air atau mengambil atau mengguna air daripada mana-mana sumber air kecuali dengan jumlah tertentu yang telah dibenarkan oleh LUAS dari semasa ke semasa.


8.Bagaimana kawalan dibuat terhadap penggunaan Air Bumi, dan Air Sungai dan Badan Air?

  • Seksyen 6(1)(n)

Memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh Lembaga kepada mana-mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka.
  • Seksyen 44(1)(a)

Mengenakan caj ke atas penggunaan air atau mana-mana sumber lain daripada mana-mana sumber air termasuk tetapi tidak terhad kepada abstraksi, pengeluaran, pembuangan, penyaliran, pelencongan dan pengepongan air itu atau sumber lain.


9.Bagaimanakah bentuk caj dan lesen air bumi?

        • Lesen dipanggil Lesen Abstraksi Air Bumi.

           

 
< Prev   Next >

VIDEO PILIHAN - Integrated River Basin Management (IRBM) for Sungai Selangor

Get the Flash Player to see this player.