Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Tetamu Atas Talian
We have 4 guests online
BISNES UTAMA
ABSTRAKSI SUMBER AIR
PENGENALAN | Pengenalan |
|
|
|
|
Hidrologi merupakan kajian sains mengenai pengagihan air di muka bumi, komposisi fizikal dan reaksi kimianya dengan bahan semulajadi lain. Kitaran hidrologi dikenali sebagai pergerakan air antara bumi dengan atmosfera. Melalui kitaran hidrologi juga, menunjukkan bagaimana berlakunya air hujan yang menjadi titik permulaan wujudnya sumber air bagi kegunaan manusia dan kehidupan di muka bumi ini. Air hujan tersebut akan menyerap masuk ke dalam tanah dan ada yang mengalir ke sungai kemudiaannya terus ke laut.
![]()
Sumber Air di Negeri Selangor Dengan keluasan negeri Selangor seluas 796,084 hektar, sumber air diperolehi dari 4 sungai utama iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Klang dan Sungai Bernam disamping sumber alternatif lain yang diperolehi dari air bumi. Selain daripada bekalan air terawat yang disediakan oleh kerajaan negeri melalui Syarikat Air Bekalan Selangor (SYABAS), pengguna air di negeri Selangor mempunyai pilihan lain menggunakan sumber air terus dari sungai, kolam dan dari bawah tanah di mana perlu merujuk kepada Lembaga Urus Air Selangor. Melalui kajian JICA 2002 ‘The Sustaianable Groundwater Resources and Environmental Management for The Langat Basin in Malaysia’, kawasan Lembangan Sungai Langat mempunyai kapasiti kadar luahan selamat air bumi sebanyak 45jlh. Manakala kawasan Lembangan Sungai Klang dan Sungai Selangor pula mempunyai kapasiti kadar luahan selamat air bumi sebanyak 23.9 jlh dan 35.8 jlh.
|
| < Prev |
|---|






















