OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor

 
Tingkat 13,
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

PERKHIDMATAN KAMI

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini324
mod_vvisit_counterSemalam463
mod_vvisit_counterMinggu Ini1659
mod_vvisit_counterBulan Ini3970
mod_vvisit_counterJumlah323665

Tetamu Atas Talian

We have 12 guests online
You are here: UTAMA arrow INFO LUAS arrow MAKLUMAT ASAS arrow PROFIL
Profil PDF Print E-mail

Visi
Menjadi Sebuah Organisasi Pengurusan Sumber Air Bersepadu Yang Terunggul dan

Bertaraf Dunia Bagi Menyokong Wawasan Selangor Maju.

 

 

Misi

Memelihara dan Meningkatkan Kualiti Sumber air, Lembangan Sungai dan Perairan Pantai Selangor secara mampan melalui Pengurusan Holistik dan Bersepadu.

 

 

Motto

"Berkualiti, Efisien dan Sempurna"

 

 

Slogan

"Air Untuk Semua"
"Peliharalah Sumber Air Kita"
"Sumber Air Terpelihara Alam Sekitar Sejahtera"

 

 

Objektif

 

  • Memastikan Sumber Air, Lembangan Sungai, Perairan Pantai dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi Negeri yang sentiasa berdaya maju.

  • Melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemudah cara, penyelidik dan penguatkuasa secara efektif, sistematik dan efisien dalam pembangunan dan pengurusan sumber air.

  • Mewujudkan suasana yang menggalakkan penyertaan sektor awam dan swasta dalam pengurusan sumber air dengan mengambilkira kepentingan awam dan Kerajaan Negeri serta menanamkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya sumber air dipelihara.

  • Sebagai sumber rujukan dan model ikutan pengurusan sumber air bersepadu yang unggul kepada negeri-negeri di Malaysia serta negara luar.



Fungsi

  • Perancangan dan Pengezonan.
    Menjalankan perancangan, pengezonan, penyelidikan dan pengurusan maklumat yang bersepadu di dalam pengurusan sumber air dan lembangan sungai. Fungsi ini akan menjadi tali penghubung dengan agensi-agensi lain iaitu PBT, JPBD, institusi penyelidikan dan lain-lain. Bahagian ini adalah bahagian terpenting diperingkat awal penubuhan Lembaga.
     

  • Pengurusan Alam Sekitar.
    Pengurusan alam sekitar bagi aktiviti yang diluar dari bidangkuasa Akta Alam Sekeliling 1974 dan yang telah diselaraskan dengan Pihak Berkuasa Tempatan 1976. Ini termasuklah kajian impak dan pengurusan alam sekitar bagi punca bersebaran di lembangan sungai dan zon pantai. Ia juga akan mengumpulkan maklumat dan dokumentasi untuk pemantauan dan penguatkuasaan. Bahagian ini juga akan meliputi tugasan melindungi dan memelihara eko-sistem berserta usaha-usaha meringankan impak banjir, pencemaran dan kemarau.
     

  • Pembangunan, Kendalian dan Selanggaraan.
    Mengawal, mengurus dan membangunkan infrastruktur sumber air dan kawalan pencemaran berserta melaksanakan kendalian dan selenggaraannya setelah diselaraskan dengan agensi-agensi lain yang berkenaan. Bertanggungjawab terhadap tugas-tugas menyelaras program/aktiviti antara agensi, berserta melancar dan menggalakkan usaha-usaha program bersama.
     

  • Perundangan dan Penguatkuasaan.
    Melaksanakan pengawal-seliaan dan penguatkuasaan dengan menetapkan peraturan, proses dan prosedur, dan melaksanakan semua fungsi dan tanggungjawab perundangan Lembaga menurut peruntukan Enakmen LUAS 1999. Ini termasuklah membangunkan undang-undang kecil, Memorandum Perjanjian (MOA) dan Memorandum Persefahaman (MOU). Ia memberikan khidmat sokongan perundangan kepada bahagian-bahagian lain Lembaga
     

  • Perkhidmatan Korporat.
    Fungsi ini adalah fungsi sokongan dan ia menyediakan khidmat pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan maklumat perkhidmatan, pengurusan pelanggan dan perhubungan awam. Bahagian ini juga mentadbirkan Tabung Kewangan LUAS.
     

  • Pejabat Wilayah.
    Bertanggungjawab dalam melaksanakan pelbagai polisi dan program LUAS diperingkat tempatan selaras dengan penentuan yang dibuat diperingkat ibu pejabat. Organisasi di wilayah adalah disusunatur supaya selari dengan tugasan menurut Bahagian di Ibu Pejabat, iaitu perancangan dan pengezonan (termasuk siasatan tapak dan pengumpulan maklumat), pengurusan alam sekitar (termasuk pemantauan, pengawal-seliaan dan penguatkuasaan); dan pembangunan kendalian dan selenggaraan.

 

Rasional Logo LUAS

 

Menggambarkan warna air yang kebiruan, syahdu, hidup dan bersih, dan dibahagikan kepada 3 bahagian jalur beralun yang mana bahagian teratas menggambarkan badan air daratan yang terdiri dari air sungai, kolam, tasik, empangan, dan tanah perairan wetlands). Bahagian jalur di tengah menggambarkan badan air bumi (groundwater), dan bahagian jalur di bawah menggambarkan air perairan pantai (coastal waters).

 

 

Menggambarkan pemeliharaan, penggalakkan dan pertumbuhan eko-sistem dan alam persekitaran yang sempurna bagi alam flora dan habitat air untuk mengekalkan kepelbagaian spesis.

 

 

Menggambarkan tanah-tanih di dalam suatu kawasan tadahan yang dipelihara dengan baik. Pengubahan mukabumi, teresan, gunatanah dan penanaman tumbuh-tumbuhannya dijalankan dengan sempurna supaya serasi dengan alam sekitar air, mesra dan menyumbang kepada percambahan alam flora dan faunanya.

 

 

Garisan yang tebal berwarna biru gelap menggambarkan ruang lingkup pengurusan yang mantap, efisien dan mampan.

 

 

 

 

 

 

 

 
< Prev   Next >

VIDEO PILIHAN - Integrated River Basin Management (IRBM) for Sungai Selangor

Get the Flash Player to see this player.