OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor

 
Tingkat 13,
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

PERKHIDMATAN KAMI

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini325
mod_vvisit_counterSemalam463
mod_vvisit_counterMinggu Ini1660
mod_vvisit_counterBulan Ini3971
mod_vvisit_counterJumlah323666

Tetamu Atas Talian

We have 13 guests online
You are here: UTAMA arrow PENGENALAN
Pengenalan PDF Print E-mail

Pembangunan SCADA LUAS adalah merupakan fasa permulaan dalam pengurusan bersepadu sumber air dan lembangan sungai di mana pengurusan sumber air dapat diintegrasikan antara pihak berkepentingan melalui data ‘on-line’. ‘SCADA’ (Supervisory Control And Data Acquisition) adalah merupakan satu disiplin kejuruteraan berteknologi tinggi merangkumi instrumentasi, komunikasi, multimedia berkomputer untuk menyediakan penyelesaian teknologi kepada cabaran pengurusan infrastruktur. Ia melibatkan pembangunan sistem pemantauan secara SCADA bagi kualiti dan kuantiti air agar data dapat diperolehi secara ‘real-time’ dengan kerjasama daripada semua pihak yang berkepentingan di lembangan sungai di Negeri Selangor. Data-data yang bersesuaian ini akan dikongsi bersama oleh agensi-agensi dan pihak konsesi melalui laman web. Ini adalah bagi memantau aktiviti-aktiviti di lembangan sungai yang menyumbang kepada pencemaran sungai untuk tindakan penguatkuasaan disamping mencapai keseimbangan bagi keperluan aspek ekologi dan alam sekitar amnya.

 

Dalam fasa pertama, pihak LUAS akan memulakan program pembangunan SCADA secara berperingkat bermula dengan Sg. Selangor memandangkan persekitarannya yang unik dengan kewujudan habitat kelip-kelip disamping pembangunan komited Berjuntai Bestari serta aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pencemaran. Pembangunan sistem ini juga turut diselaraskan dan diterapkan ke lembangan sungai lain di Negeri Selangor. Pihak LUAS juga bercadang untuk memasang stesen tambahan jika perlu untuk melengkapkan lagi jaringan stesen pemantauan oleh pihak JAS dan JPS seperti cadangan pemasangan stesen kadar alir dengan menggunakan sistem ‘Doppler’ di ‘barrage’ Batang Berjuntai. Jaringan pemantauan kualiti dan kuantiti air ini adalah penting bagi memudahkan pengurusan pembahagian air (water allocation) bagi memenuhi keperluan domestik, industri, pengairan, ekologi dan alam sekitar seiring dengan pembangunan lestari pada masa hadapan.

 

Secara amnya, pembangunan sistem SCADA LUAS akan dibantu oleh juruperunding yang telah dilantik. Proses ini bermula dengan sesi perbincangan antara pihak berkepentingan bersama LUAS dan Uniscada bagi mengintegrasikan setiap sistem dengan sistem SCADA di LUAS.

 
< Prev

VIDEO PILIHAN - Integrated River Basin Management (IRBM) for Sungai Selangor

Get the Flash Player to see this player.