Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Agensi Setempat Pengurusan Sumber Air,
Lembangan Sungai dan
Perairan Pantai di Negeri Selangor
Tingkat 13,
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55111800, Fax :03-55101800
emel : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Tetamu Atas Talian
We have 6 guests online
You are here: UTAMA
Qua-Qua
Qua-Qua | Qua-Qua |
|
|
|
![]() Buat julung kalinya Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melancarkan Program Qua-Qua pada 29 Jun 2008(Ahad) bertempat di The Woods Resort, Ulu Yam Perdana, Hulu Selangor. Majlis yang dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Dr. Hasan bin Mohamed Ali selaku Exco Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan awam ini turut dihadiri oleh pelajar sekolah menengah dari sekolah-sekolah berhampiran dari Daerah Gombak dan Hulu Selangor iaitu Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, Batang Kali, Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Selayang serta Komuniti dari Seksyen 20, Shah Alam. Program Qua-Qua ini merupakan program yang pertama dianjurkan oleh pihak LUAS. Program yang dijalankan ini ialah salah satu aktiviti yang melibatkan pihak LUAS dengan orang awam. Qua-Qua merujuk kepada aspek kualiti air yang bersih dan kuantiti air yang mencukupi bagi keperluan dan kesejahteraan kehidupan.Program Qua-Qua yang mengambil contoh daripada ‘Program Waqu-Waqu’ di negara Jepun ini memberi tumpuan kepada pemantauan tahap kualiti air sungai oleh komuniti setempat di mana peserta-peserta akan didedahkan dengan pendidikan awal cara-cara penentuan punca-punca pencemaran sungai dan juga akan diberikan kesedaran betapa pentingnya memelihara, memulihara dan menghargai sungai sebagai punca bekalan air yang utama dan pelbagai kegunaan secara berkekalan. Objektif Program ini diadakan adalah untuk :
KAEDAH Terdapat 3 kaedah yang biasa digunakan untuk memeriksa keadaan kualiti air sungai iaitu pemerhatian secara fizikal, pemantauan melalui ujian kimia dan menggunakan petunjuk biologi. 1. Pemerhatian secara fizikal. Sifat fizikal sungai akan menggambarkan kualiti sungai secara amnya. Keadaan sungai yang baik biasanya mempunyai tumbuhan riparian, air yang jernih dan pelbagai hidupan akuatik. Di antara sifat fizikal untuk kualiti air ialah kejernihan, warna, bau, aktiviti guna tanah, punca dan jenis sungai, tumbuhan riparian (contoh: alga, rumput), hidupan akuatik (contoh: ikan, udang), dan parameter lain seperti lebar sungai, kedalaman, kadar alir, lencongan hakisan dan kewujudan sampah sarap. 2. Pemantauan dengan Ujian Kimia. Ujian kimia digunakan dalam menganalisis kualiti sumber air. Ianya sangat berguna untuk menentukan punca pencemaran dan jenis bahan pencemar. Contohnya kepekatan nitrogen dan fosforus yang tinggi menunjukkan terdapat pencemaran dari kawasan pertanian yang berdekatan. 3. Pemantauan dengan Petunjuk Biologi. Pemantauan dengan petunjuk biologi adalah kaedah di mana kualiti air sungai dinilai berdasarkan kehadiran organisma kehidupan di dalam air atau persekitarannya. Ia akan menunjukkan perubahan penting di dalam komposisi biologi akibat daripada aktiviti manusia. Secara amnya, kepelbagaian hidupan makro Invertebrata di dalam sungai akan menunjukkan tahap kualiti air tersebut di samping kesesuaiannya sebagai habitat semula jadi. FAEDAH PROGRAM
PENUTUP Program Qua-Qua ini merupakan program berterusan yang melibatkan penyertaan komuniti setempat di mana mereka ini merupakan ejen atau penghubung kepada Lembaga untuk memantau dan memaklumkan tentang sebarang aktiviti pencemaran yang berlaku di sekeliling mereka supaya pihak Lembaga dapat membuat tindakan yang selanjutnya. Bagi tujuan ini, pihak Lembaga telah menyediakan satu blog bagi memudahkan mereka menghantar maklumat iaitu qqklang.blogspot.com untuk kawasan sungai Klang, qqlangat.blogspot.com untuk kawasan sungai Langat dan qqselangor.blogspot.com untuk kawasan sungai Selangor.
|






















Program Qua-Qua ini merupakan program yang pertama dianjurkan oleh pihak LUAS. Program yang dijalankan ini ialah salah satu aktiviti yang melibatkan pihak LUAS dengan orang awam. Qua-Qua merujuk kepada aspek kualiti air yang bersih dan kuantiti air yang mencukupi bagi keperluan dan kesejahteraan kehidupan.Program Qua-Qua yang mengambil contoh daripada ‘Program Waqu-Waqu’ di negara Jepun ini memberi tumpuan kepada pemantauan tahap kualiti air sungai oleh komuniti setempat di mana peserta-peserta akan didedahkan dengan pendidikan awal cara-cara penentuan punca-punca pencemaran sungai dan juga akan diberikan kesedaran betapa pentingnya memelihara, memulihara dan menghargai sungai sebagai punca bekalan air yang utama dan pelbagai kegunaan secara berkekalan.

