Isnin, Mei 21, 2018

Abstraksi Sumber Air

Pengenalan

Hidrologi merupakan kajian sains mengenai pengagihan air di muka bumi, komposisi fizikal dan reaksi kimianya dengan bahan semulajadi lain. Kitaran hidrologi dikenali sebagai pergerakan air antara bumi dengan atmosfera.

Melalui kitaran hidrologi juga, menunjukkan bagaimana berlakunya air hujan yang menjadi titik permulaan wujudnya sumber air bagi kegunaan manusia dan kehidupan di muka bumi ini. Air hujan tersebut akan menyerap masuk ke dalam tanah dan ada yang mengalir ke sungai kemudiaannya terus ke laut.

 

Sumber Air di Negeri Selangor

Negeri Selangor seluas 796,084 hektar, memperolehi sumber air dari 4 sungai utama iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Klang dan Sungai Bernam.

Selain daripada bekalan air terawat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Syarikat Air Bekalan Selangor (SYABAS), pengguna air di negeri Selangor mempunyai pilihan lain menggunakan sumber air terus dari sungai, kolam dan dari bawah tanah di mana perlu mendapatklan kelulusan daripada Lembaga Urus Air Selangor.

Melalui kajian JICA 2002 The Sustaianable Groundwater Resources and Environmental Management for The Langat Basin in Malaysia, kawasan Lembangan Sungai Langat mempunyai kapasiti kadar luahan selamat air bumi sebanyak 45jlh.

Manakala kawasan Lembangan Sungai Klang dan Sungai Selangor pula mempunyai kapasiti kadar luahan selamat air bumi sebanyak 23.9 jlh dan 35.8 jlh.


DEFINISI

Sumber Air ertinya mana-mana sungai, lembangan sungai, air bumi atau badan air.

Sungai ertinya mana-mana alur buatan, saluran air semulajadi atau mana-mana anak sungai atau lencongan buatan terhadapnya dan mana-mana kepongan di dalam alur.

 

Badan Air ertinya mana-mana alur, tasik, kolam, tanah perairan,  perairan pantai dan badan air lain, sama ada semulajadi atau buatan dan termasuklah mana-mana badan air yang diitetapkan.

Air Bumi ertinya air bawah permukaan yang terdapat, di bawah aras air di dalam tanah-tanih dan bentukan geologik dan termasuklah-

(a) sesuatu telaga, lubang gerek atau bentuk kerja sepertinya yang digali ke dalam strata bawah tanah, termasuklah mana-mana adit atau saluran .yang dibina berhubungan dengan telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu bagi menyenangkan pengumpulan air di dalam telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu;

(b) mana-mana penggalian ke dalam strata bawah tanah di mana paras air dalam penggalian itu  bergantung sepenuhnya atau sebahagian besarnya kepada air yang memasukinya daripada strata itu ; dan

(c) mana-mana air bumi yang ditetapkan

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26