Isnin, Mei 21, 2018

Peranan

Peranan LUAS

Setiap aktiviti berjadual adalah tertakluk di bawah Peraturan ini dan hendaklah mendapatkan Lesen Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar LUAS. Senarai aktiviti berjadual adalah seperti di Lampiran ‘A’.

Premis yang telah dilesenkan adalah tidak dibenarkan melepaskan efluen daripada premis dengan melebihi had piawaian yang telah ditetapkan. Parameter setiap aktiviti dan had piawaian adalah seperti di Lampiran ’B’.

Bagi premis yang tidak tertakluk di bawah peraturan adalah juga dikehendaki memastikan efluen yang dilepaskan tidak melebihi had piawaian yang telah ditetapkan. Jika didapati premis gagal mematuhi had piawaian yang telah ditetapkan, pihak Lembaga boleh mengeluarkan Notis Arahan kepada premis bagi tujuan kerja-kerja pembersihan, langkah-langkah mitigasi dan penambahbaikan mengikut keadaan dan tahap kes pencemaran selaras dengan Seksyen 41(4), 43(2), 96 (4) dan 121(1), Enakmen LUAS 1999.

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26