Ahad, April 20, 2014
   
Text Size

Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM)

Pengenalan IRBM

Konsep Integrated River Basin Management(IRBM) telah dikenalpasti oleh pihak JPS lebih dari 10 tahun yang lalu tetapi penerapan konsep IRBM ini adalah agak perlahan di kalangan agensi kerajaan. Maka dengan itu, Perdana Menteri pada ketika itu telah mengarahkan penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada tahun 1999 di peringkat Negeri Selangor sebagai model institusi yang akan memainkan peranan penting dalam pengurusan bersepadu lembangan sungai dan pengurusan sumber air. Dalam RMK-8 (2001-2005), Pelan Rumusan Perspektif Ketiga (OPP3) 2001-2010 (diluluskan oleh Parlimen pada April 2001) dan Pelan Spatial Kebangsaan telah memasukkan konsep IRBM ke dalam rancangan tersebut.

Objektif keseluruhan projek adalah merangkumi aspek perlindungan, pemuliharaan, dan pengurusan bersepadu lembangan sungai di Semenanjung Malaysia. Maka bagi mencapai objektif tersebut, koordinasi yang baik antara agensi persekutuan dan agensi negeri dalam menyediakan sokongan teknikal bagi pembangunan model dan garispanduan pengurusan lembangan sungai. Projek dokumen adalah berdasarkan program kerjasama antara Kerajaan Malaysia - Program Bantuan Alam Sekitar Kerajaan Denmark.


Masalah pencemaran alam sekitar di Malaysia banyak berlaku di lembangan sungai. Terdapat banyak sungai yang mempunyai tahap kualiti airnya yang rendah dan kandungan kelodak yang tinggi akibat daripada pencemaran logam berat, sisa toksik, aktiviti pertanian dan aktiviti harian penduduk sekitarnya. Kehilangan biodiversiti di kawasan tadahan akibat daripada pencemaran dan bencana banjir yang berlaku dilembangan sungai disebabkan perubahan gunatanah. Disampig itu, masalah kekurangan bekalan air akan berlaku apabila musim kemarau. Punca kepada permasalahan ini ada sangat luas dan komplek. Antara punca utamanya adalah kerana pengurusan lembangan sungai pada ketika ini adalah dipecahkan mengikut bidangkuasa agensi masing-masing termasuk kuasa penguatkuasaan.

 

Maka dengan itu, pengurusan lembangan sungai secara bersepadu adalah penting bagi mewujudkan koordinasi antara agensi dalam pengurusan sumber air dan alam sekitar kelak.

 

Ringkasan IRBM

Projek Pengurusan Bersepadu Lembangan Sg. Selangor adalah projek kerjasama di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Denmark bermula pada Oktober 2002 hingga Oktober 2006. Kos projek adalah dianggarkan RM 16 juta dengan perkongsian kos 50:50 antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Denmark. Objektif utama projek ialah pengurusan mampan sumber asli melalui :

  1. penyusunan institusi

  2. pengurusan sumber manusia

  3. pemantauan  dan pembangunan sistem maklumat

  4. program kesedaran dan penyebaran maklumat

  5. perancangan dan pengurusan lembangan sungai

  6. meningkatkan pengurusan amalan terbaik alam sekitar

Perlaksanaan projek adalah melibatkan tiga (3) komponen utama :

Di antara komponen tersebut ialah komponen diperingkat Persekutuan, komponen diperingkat Negeri Selangor dan komponen diperingkat Negeri Kedah disamping komponen projek demonstrasi.

 

Komponen Persekutuan (JPS )

Ia akan membandingkan pelbagai model IRBM yang sesuai untuk digunapakai. Ia juga menekankan aspek pembangunan sumber manusia dengan kerjasama lain-lain agensi.


Komponen Negeri Selangor (LUAS)

Ia akan memfokuskan perlaksanakan aktiviti IRBM di Lembangan Sg. Selangor yang merupakan sumber utama bekalan air minum bagi kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Projek ini beroperasi di LUAS, tetapi setiap aktiviti yang dijalankan adalah melibatkan lain-lain agensi dan pihak berkepentingan.


Komponen Negeri Kedah (UPEN)

Projek ini akan menggunakan Lembangan Sg. Kedah sebagai model bagi pembangunan institusi IRBM diperingkat negeri. Kawasan tadahannya meliputi 2 empangan pengairan yang utama dan skim pemindahan air untuk tujuan pengairan dari Sungai Muda melalui MADA. Sehingga kini Kedah tidak mempunyai institusi yang bertanggungjawab untuk projek IRBM tetapi projek ini akan membantu meneroka pelbagai pilihan untuk penyusunan institusi bagi menyokong pengurusan bersepadu lembangan sungai kelak.

   

Aktiviti IRBM

A)  Program ‘Visit To Sabah For Exchange of Ideas From Project Group, IRBM For Peninsular Malaysia’ di Hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu anjuran DANIDA (17 –18 November 2002).

 

B)  Penubuhan Kumpulan Kerja pada 1 Oktober 2003 yang terdiri daripada 7 Kumpulan Kerja bagi menyediakan Pelan Tindakan IRBM Sg. Selangor.  Ahli kumpulan kerja terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, NGO dan pihak berkepentingan. 7 Kumpulan Kerja tersebut adalah :

    1. Kumpulan Kerja IRBM
    2. Kumpulan Kerja Kualiti Air
    3. Kumpulan Kerja Sumber Air
    4. Kumpulan Kerja Perlombongan Pasir
    5. Kumpulan Kerja Perikanan
    6. Kumpulan Kerja Guna tanah
    7. Kumpulan Kerja Penternakan Haiwan

C)  ‘Study Tour on Waste water Demonstration Project’ di sekitar Kuching ( 17 – 18 Mei 2004) 

D)  Lawatan Teknikal ke Denmark bagi pegawai pelaksana projek IRBM dari agensi-agensi terlibat. (7-17 Jun 2004) 

E)  Lawatan Teknikal ke Denmark bagi pembuat dasar polisi dari agensi-agensi terlibat. (Ogos 2004)

F)  Cadangan perlaksanaan Projek Demonstrasi di Lembangan Sg. Selangor.

     

2 projek telah dipilih :-

  1. Projek Menaiktaraf Tangki Imhoff di Taman Rawang Jaya daripada 660 PE kepada 750 PE(discaj Standard A).

  2. Projek Pengurusan Air Sisa dari Pasar Basah Bukit Sentosa, Rawang.

G)  Program Latihan - Kualiti Air dan Kuantiti Air bagi kakitangan pengurusan & profesional dan kakitangan sokongan untuk memberi memberi pendedahan mengenai kepentingan IRBM. Kursus ini dilaksanakan oleh Komponen Persekutuan.

H)  Pengedaran poster Kelip-kelip di semua agensi di Negeri Selangor sebagai Program Kesedaran Alam Sekitar.

I)   Kursus Penggunaan Petunjuk Bio di Dalam Kualiti Air Sungai di Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang  ( 2-3 Februari 2005)

J)   Pembentangan Kertas Kerja  ‘IRBM Demonstration Project – Selangor Component – Sentosa Market Waste Water’ di Seminar Pengurusan Kualiti Air Sungai Lembangan Sg. Kedah ‘Air Buangan Dari Pasar Basah, Restoran dan Gerai’ anjuran Jawatankuasa Kualiti Air IRBM Lembangan Sg. Kedah di Hotel City Bayview, Langkawi. (29 Mac 2005)

K)  Program Pengurusan Bersepadu Lembangan Sg. Kedah – Worksyop Penggubalan Dasar Pengambilan Pasir Negeri Kedah, di Heritage Hotel, Cameron Highland anjuran JPS Kedah. (2-3 Ogos 2005)

L)  Pengedaran ‘Newsletter - IRBM updates ‘ Edisi I, II dan II .

   

Penerbitan IRBM

Info Tekini IRBM

September 2003 - The Need for IRBM in Malaysia

March 2004 - The Way Forward

December 2004 - Keeping the Firefiles Flashing

December 2006 - Kedah Launches A New Model for IRBM


Laporan dan Kajian

  1. Feasibility study of charging schemes for LUAS.Charging for water: the case of Denmark.

  2. Training need analysis for IRBM , draft training plan and outline of IRBM courses.

  3. Development of a GIS for IRBM in Selangor.

  4. Review of the LUAS GIS implementation for IRBM in Selangor.

  5. Environmental Monitoring strategy for IRBM in Selangor.

  6. Notes on environmental issues in pig farming.

  7. Groundwater resources in the Sg. Selangor basin and management recommendations.

  8. The water quality of Sg. Air Hitam and its impact on Sg. Selangor.

  9. Analysis of flow data from Batang Berjuntai and water quality data from Kg. Kuantan.

  10. Animal husbandry waste management in the Sg. Selangor basin.

  11. Environmental assessment of animal husbandry in the Sg. Selangor basin.

  12. Water resources study of the Sg. Selangor basin – Draf.

  13. Water quality study of the Sg. Selangor basin – On-going.

  14. Land-use planning in relation to IRBM in the Sg. Selangor basin - Draf.

  15. Freshwater aquaculture in the Sg. Selangor basin – Draf.

  16. Identification of demonstration projects in Selangor: Summary Report.

  17. Identification of demonstration projects in Selangor: Bukit Sentosa.

  18. Identification of demonstration projects in Selangor: Taman Rawang Jaya Sewerage Treatment Plant.

  19. Wastewater characterization study report for Bukit Sentosa Demonstration Project.

   

Dikemaskini Pada : Khamis, 17 April 2014 08:48