Sidebar

Caj

Alat
Tipografi

Caj

Caj aktiviti tidak dikenakan buat masa ini.

 

Fi Pelesenan

Fi Pendaftaran = RM150 (sekali sahaja)

Fi Lesen = RM200 (setiap tahun)

PANDUAN CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BERTULIS AKTIVITI PENGUBAHAN SUMBER

1.    Permohonan  bagi Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber ini hendaklah diisi oleh mana-mana pemaju yang hendak menjalankan aktiviti di dalam zon banjir, rizab sungai, zon perlindungan, badan air dan perairan pantai. Permohonan hendaklah dikemukakan sebelum sesuatu projek yang berkaitan dengan sumber air dijalankan. Borang permohonan adalah seperti di Lampiran A.

2.    Senarai aktiviti yang terlibat adalah seperti di Lampiran B.

3.    Permohonan ini hendaklah disertakan sekali bersama yuran pemprosesan sebanyak RM150.00 bagi permohonan baru. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk tunai atau cek berpalang atas nama “LEMBAGA URUS AIR SELANGOR” dan sila kemukakan kepada Pengarah, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama borang permohonan.

4.    Satu borang permohonan adalah untuk satu Kebenaran Bertulis.(Berkemungkinan satu permohonan yang dikemukakan mempunyai Kebenaran Bertulis yang lebih daripada satu)

5.    Dokumen-dokumen berikut hendaklah diserahkan bersama seperti di Senarai Semak berikut.

  1. INFO EMPANGAN