Sidebar

PROGRAM TANAM POKOK BERSAMA D.Y.M.M SULTAN SELANGOR DI PANTAI BAGAN LALANG SEPANG

Alat
Tipografi

PROGRAM TANAM POKOK BERSAMA D.Y.M.M SULTAN SELANGOR DI PANTAI BAGAN LALANG SEPANG

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah turut sama menjayakan program tanam pokok bersama DYMM Sultan Selangor di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 18 Mac 2018 yang lalu. Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al- Haj dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menyempurnakan Program Tanam Pokok Selangor 2018 di Hutan Simpan Sepang Kechil, Pantai Bagan Lalang. Bagi simbolik penyempurnaan program, baginda berkenan mencemar duli menyempurnakan acara penanaman pokok bakau bersama Tengku Noorashikin dan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Seramai 2,500 peserta mengambil bahagian menanam sebanyak 3,000 pokok bakau di sekeliling pantai berkenaan. Program yang dianjurkan oleh Kerajaan negeri Selangor ini turut disertai oleh exco-exco Kerajaan Negeri Selangor, beberapa badan kerajaan yang lain, NGO dan orang awam. Program tanaman pokok juga cukup istimewa apabila baginda lebih selesa melakukannya bersama-sama peserta program terbabit di sekitar kawasan pantai.

 

tanampokok1  tanampokok2

  1. INFO EMPANGAN