Sidebar

As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Perutusan Pengarah

Alat
Tipografi

 

IMG 0044 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Dengan limpah dan kurniaNya, saya diberikan kesihatan dan kepercayaan untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan bagi kesejahteraan semua lapisan masyarakat dan kelestarian alam persekitaran.

Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk memacu organisasi ulung ini ke peringkat yang lebih cemerlang sejajar dengan visinya untuk menjadi organisasi yang terunggul dan bertaraf dunia.

LUAS sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus sumber air negeri akan terus memikul tanggungjawab tersebut serta memainkan peranannya dengan lebih berkesan. Dengan kerjasama yang tidak terbelah bagi daripada warga LUAS dan juga semua pihak-pihak berkepentingan, serta harapan dan kepercayaan yang diberikan, Insha-Allah LUAS akan berjaya melaksanakan peranannya sebagaimana yang termaktub di dalam enakmen.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua pihak yang memberikan kepercayaan kepada saya bagi memikul peranan yang besar ini. Semoga kita dapat bersama-sama terus memelihara dan memulihara sumber air yang menjadi nadi kepada kehidupan kita.

 

 

Sekian, terima kasih.

”AIR UNTUK SEMUA”