Rabu, Oktober 23, 2019

Program Kesedaran Pemulihan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak Kepada Pengusaha Restoran / Kedai Makan

Pada 14 Jun 2012 (Khamis) yang lalu, telah diadakan Program Kesedaran Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak kepada pengusaha restoran / kedai makan di sekitar Bandar Klang Utara dan Klang Selatan 2012. Prgoram yang dianjurkan oleg Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula pada jam 8.30 pagi dan melibatkan seramai 35 orang pegawai dari MPK dan LUAS. Prgoram ini bertujuan memberi kesedaran kepada pengusaha restoran / kedai makan di sekitar Bandar Klang mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan pendedahan mengenai kepentingan kitar semula sisa minyak masak. Sebanyak 50 restoran / kedai makan telah dipantau pada hari tersebut.

  

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26