Rabu, Oktober 23, 2019

PROGRAM SEHARI BERSAMA JPS SELANGOR

Pada 28 Ogos 2013 (Rabu) yang lalu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dijemput untuk bersama-sama menyertai pameran sempena Program Sehari Bersama JPS Selangor bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor. Pengunjung yang datang ke 'booth' pameran LUAS secara tidak langsung dapat mengetahui mengenai maklumat dan informasi mengenai kepentingan penjagaan sumber air di Negeri Selangor.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26