Rabu, Oktober 23, 2019

Pameran Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Sungai Sedunia 2011

Pada 12 November 2011 (Sabtu) yang lalu, telah diadakan Program Hari Sungai Sedunia 2011 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dan telah dirasmikan oleh Y.A.B Pehin Sri Haji Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Di program ini telah diadakan pameran yang disertai oleh lebih 30 Jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan pengurusan air dan alam sekitar.

 

 

 

p1010098LUAS telah dijemput bagi menyertai pameran ini yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.  Program yang bertemakan ‘Sungai Yang Hidup, Bersih dan Berdaya Huni’ ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga dan memelihara sungai di negara ini. LUAS adalah satu-satunya agensi kerajaan daripada Negeri Selangor yang diberi peluang untuk mempromosikan program dan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air di Negeri Selangor. LUAS berbangga kerana diberi peluang untuk memperkenalkan agensi ini dengan lebih luas ke negeri-negeri lain di Malaysia. Diharapkan LUAS dapat diperkenalkan dengan lebih lagi pada masa-masa akan datang.

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26