Rabu, Oktober 23, 2019

Pameran Sempena Program Alam Sekitar

Pada 20 November 2011 (Ahad) yang lalu, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah menganjurkan Program “River Ranger” dan Kempen Alam Sekitar bertempat di Pusat Perkelahan Air Terjun Serendah, Hulu Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh En. Azman Bin Dahlan, Setiusaha Majlis Daerah Hulu Selangor. Program ini bertujuan memperkenalkan kepada orang ramai tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Hulu Selangor serta kepentingan penjagaan alam sekitar di kawasan tersebut. LUAS dijemput untuk mempromosikan aktiviti, program kesedaran yang dikelolakan disamping memberi maklumat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air.

img 2274  img 2332

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26