Rabu, November 20, 2019

PROGRAM JELAJAH INFRATANI 2016

Pada 6 Ogos 2016 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dijemput untuk bersama-sama menyertai Program Jelajah Infratani Daerah Gombak 2016 bertempat di Dataran Ilmu, Selayang. pihak LUAS turut bersama membuka 'booth' pameran yang memberi penekanan kepada penjagaan sumber air di Negeri Selangor. Program ini bertujuan bagi mempromosikan hasil pertanian di daerah-daerah yang terlibat. Selain itu ia juga secara tidak langsung dapat mempromosikan program Selangor Agrofest 2016 yang dijadualkan akan diadakan pada 20 - 24 Oktober nanti. 

    

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26