CERAMAH PROGRAM PEMULIHARAAN SUMBER AIR MELALUI KITAR SEMULA SISA MINYAK MASAK

Pada 17 Julai 2013 (Rabu) yang lepas, bertempat di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pihak LUAS telah dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai Program Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak. Seramai 80 orang peserta terlibat semasa ceramah diadakan. Ceramah telah disampaikan oleh En.IMazlan Bin Idrus, Pegawai Kawalan Alam Sekitar. Ceramah ini juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan fungsi dan peranan LUAS dalam penjagaan sumber air di Negeri Selangor.