Loader
Logo LUAS
Print

NEWSLETTER LUAS BIL.1/2024

Dapatkan berita terkini dua minggu sekali pada setiap hari jumaat berkaitan pengurusan/aktiviti LUAS! Tuan/Puan boleh memuat turun newsletter LUAS Bil.1/2024 seperti di bawah. (MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL.1/2024)

PlusBaca Lagi

Buletin Mingguan

Dapatkan berita terkini dua minggu sekali pada setiap hari jumaat berkaitan pengurusan/aktiviti LUAS! Tuan/Puan boleh memuat turun newsletter LUAS Bil.1/2024 seperti di bawah. (MUAT TURUN NEWSLETTER LUAS BIL.1/2024)

PlusBaca Lagi

PERBEZAAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS) DAN AIR SELANGOR

Tahukah anda? Apakah perbezaan diantara Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengrusan Air Selangor S.D.N B.H.D? 

PlusBaca Lagi

BAYARAN KINI LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY!

PlusBaca Lagi

PEMAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (PELESENAN) (PINDAAN) 2020

PEMAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (PELESENAN) (PINDAAN) 2020 Adalah dimaklumkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan pindaan di dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Urus Air Selangor (Pelesenan) (Pindaan) 2020. Pindaan kepada peraturan-peraturan adalah kepada Peraturan 8(6) iaitu ‘jika suatu permohonan bagi pembaharuan dibuat selepas habis tempoh lesen, Pengarah boleh enggan memperbaharui lesen atau boleh memperbaharui tertakluk kepada pengenaan fi lewat tidak melebihi sepuluh ringgit bagi setiap hari kelewatan’.Perhatian dan kerjasama semua pihak terutama kepada pemegang lesen dan kebenaran bertulis daripada LUAS berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.

PlusBaca Lagi
About LUAS
About LUAS

TENTANG LUAS

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana. Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

PlusBaca Lagi

PERKHIDMATAN LUAS

BERITA

LUAS

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) BAGI KERJASAMA DALAM PERKONGSIAN DATA HIDROLOGI DAN MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER AIR ANTARA LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS) DENGAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA (JPS)

 Selaras dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kualiti dan kuantiti sumber air mentah dapat dirawat dan dibekalkan kepada penduduk Negeri Selangor dan Lembah Klang serta Putrajaya, LUAS telah mengambil inisiatif dengan menjalinkan kerjasama pintar bersama agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam pengurusan dan pemantauan sumber air termasuk pembangunan dan pemuliharaannya. LUAS telah memeterai persefahaman baharu bersama JPS Malaysia dalam memperkukuhkan bidang kerjasama dan turut melibatkan pertambahan kepada perkongsian data. Memorandum yang dimeterai pada 21 Mac 2024 secara spesifiknya adalah melibatkan perkongsian maklumat pengurusan sumber air dan data hidrologi tambahan 136 lagi stesen telemetri pihak JPS Malaysia. Perkongsian data daripada keseluruhan 280 stesen telemetri ini dapat membantu kerajaan negeri melalui LUAS untuk memperkasakan lagi perolehan data bagi tujuan pemantauan sumber air seperti paras air dan kapasiti empangan, kadar hujan, aras air dan kadar alir sungai. Ini sekali gus membantu proses membuat keputusan dan menambah baik setiap tindakan yang diambil dalam mengawal selia sumber air berdasarkan situasi semasa bagi memastikan kualiti dan kuantiti sumber air negeri berada di tahap yang optimum. Dalam masa yang sama, jalinan persefahaman ini dapat memastikan pemantauan kuantiti dan kualiti sumber air secara optima bagi memastikan penggunaan optimum sumber air sedia ada di sungai dan kolam serta seterusnya kawalan pelepasan air empangan untuk pembekalan air mentah bagi 34 muka sauk bekalan air terutamanya dalam menghadapi fenomena El-Nino dan juga perubahan iklim.     

Loader

MAKLUM BALAS

PENSIJILAN

SIRIMCERTIFIED TO MS ISO 9001:2015CERT. NO. : QMS 02863
SIRIMCERTIFIED TO MS 1900:2014CERT. NO. : QMS-i 00125
SAMMSkim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) for testing and/or calibration laboratorySAMM 916

TENDER & SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service

FOLLOW US

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram