TENTANG LUAS
Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana. Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.
Baca LagiPERKHIDMATAN LUAS
BERITA
LAWATAN TAPAK PROJEK MITIGASI BANJIR DI SG. KLANG, DI PROJEK ZON 6, ALAM IMPIAN
LUAS turut bersama-sama hadir dalam lawatan kerja ke tapak projek mitigasi banjir di Sg. Klang, di Projek Zon 6, Alam Impian bagi meninjau status projek tebatan banjir tersebut di bawah kendalian dan kelolaan pihak Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB). Lawatan kerja ini turut disertai YB Tuan Ir. Izham Hashim , EXCO Infrastruktur dan Pertanian, YBrs. Ts. Tn. Hj. Hasrolnizam Shaari, Pengarah LUAS dan wakil-wakil agensi antaranya JPS Selangor bagi melihat dan memantau status pelaksanaan projek tersebut. Projek tersebut merangkumi kerja-kerja mendalamkan, mengeluarkan dan menambahbaik ban di Sungai Klang. Dan kesemua aktiviti berkenaan memerlukan kelulusan dari agensi teknikal seperti LUAS. LUAS merupakan urusetia bagi Jawatankuasa Kecil Air SMG dan projek berkaitan tebatan banjir Sg. Klang. Aktiviti-aktiviti tersebut tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Negeri Selangor) 2013 yang memerlukan Kebenaran Bertulis (KB) daripada LUAS untuk langkah kawalan impak kepada kualiti/kuantiti sumber air.
Baca Lagi