Sidebar

10
Mon, Aug

Lawatan 'Half Day River Cruise' Di Sungai Sepang Besar Sempena 'Retreat' Exco 2016

Pada 12 Mac 2016 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dijemput bersama-sama menghadiri lawatan 'Half Day River Cruise' bertempat di Sungai Sepang Besar sempena 'Retreat EXCO' 2016. Program yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPS) ini turut dihadiri oleh Y.A.B Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor. Pn. Haslina binti Amer (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Lembangan Sungai dan Pantai) turut memberi taklimat mengenai aktiviti di Sungai Sepang.

 

Program Pembersihan Pantai Kelanang

Pada 5 Mac 2016 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Politeknik Banting telah menganjurkan Program Pembersihan Pantai Kelanang, Kuala Langat. Program ini bertujuan untuk mendidik komuniti setempat mengenai kepentingan memelihara ekosistem sungai dan pantai agar tidak terus dicemari dengan sampah sarap, tumpahan minyak dan sisa kumbahan.

 

Mesyuarat Bersama Agensi-Agensi Pengurusan Sumber Air Negeri-Negeri Di Malaysia

Pada 3 - 4 Mac 2016 yang lalu telah diadakan Mesyuarat Bersama Agensi-Agensi Pengurusan Sumber Air Negeri-negeri di Malaysia di Holiday Villa, Alor Setar City Centre, Kedah. Mesyuarat ini melibatkan kesemua agensi-agensi yang menguruskan sumber air di setiap negeri. Ianya adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan sumber air di setiap negeri dan bertukar-tukar maklumat serta pandangan mengenai pendekatan pengurusan yang terbaik di setiap negeri. Selain itu, melalui mesyuarat ini juga dapat memperkukuhkan kerjasama dan perhubungan antara agensi negeri, terutamanya di dalam isu-isu sumber air yang membabitkan dua (2) negeri berjiran.