Sidebar

26
Fri, Feb

AKTIVITI TANAM POKOK OLEH ROTARY CLUB KLANG VALLEY

AKTIVITI TANAM POKOK OLEH ROTARY CLUB KLANG VALLEY

Pada 12 Januari 2020, Rotary Club Klang Valley telah mengadakan aktiviti tanam pokok bersama Lembaga Urus Air Selangor di kolam Ors Bestari Jaya. Seramai 9 orang ahli Rotary Club of Klang Valley yang terlibat dalam aktiviti ini termasuklah presiden kelab berkenaan iaitu Dr. Raj dan pengarah projek Dato’ Surya Prakash.

Sebanyak 30 batang pokok seperti pokok hutan, pokok semambu dan pokok manga dibawa oleh kelab rotary untuk ditanam di kawasan kolam 1. Melalui aktiviti seperti ini, orang ramai perlu mengambil inisiatif untuk menanam lebih banyak pokok bagi mengurangkan kesan cuaca panas dan kering yang melanda negara pada masa kini

Penanaman pokok-pokok baharu sememangnya dapat membantu menyerap karbon dioksida dari udara yang akhirnya mengurangkan kesan gas rumah hijau. Akhir sekali, ianya juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pokok bagi mengekalkan tahap kehijauan, kualiti landskap dan alam sekitar yang sihat, selamat, indah dan kondusif.

 

3

4

GOTONG-ROYONG BERSAMA PUSAT TAHFIZ

GOTONG-ROYONG BERSAMA PUSAT TAHFIZ

Pada 1 februari 2019, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Pusat Tahfiz Akademi Integrasi Tahfiz Alfalah telah mengadakan program gotong-royong di kolam 1 Off River Storage (ORS), Bestari Jaya. Program gotong-royong tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran penghulu mukim Bestari Jaya, Encik Hanis bin Zahari.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengutip sampah, menanam pokok, klinik kayak dan juga penerangan daripada Global Environment Centre tentang kepentingan penjagaan sumber air. Program seperti ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada umum terutamanya pelajar-pelajar tentang kepentingan pengurusan sumber air.

Orang Ramai juga perlu mengambil inisiatif untuk menanam lebih banyak pokok bagi mengurangkan kesan cuaca panas dan kering yang melanda negara pada masa kini. Penanaman pokok-pokok baharu dapat membantu menyerap karbon dioksida dari udara yang akhirnya mengurangkan kesan gas rumah hijau. Dan akhir sekali, program seperti ini mampu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pokok bagi mengekalkan tahap kehijauan, kualiti landskap dan alam sekitar yang sihat, selamat, indah dan kondusif.

 1

2

 

Bengkel Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014

Pada 13 Mei 2019 Lembaga telah menjalankan Bengkel Audit Dalaman bagi juruaudit yang telah dilantik. Bengkel ini bertujuan memberi latihan dan pengetahuan tentang cara-cara pengauditan bagi menghadapi audit dalaman yang akan dijalankan pada 15, 16, 17, 21, 23 dan 24 Mei 2019. Lembaga berharap dengan menghadiri bengkel dan sesi latihan ini dapat menghasilkan juruaudit dalaman yang unggul dan berintegriti.

WhatsApp Image 2019 05 13 at 12.23.12 PM

WhatsApp Image 2019 05 13 at 11.12.40 AM

Program Sambutan World Landscape Architecture Month 2019

Pada 06 April 2019, Lembaga telah menyertai pameran di Program Sambutan World Landscape Architecture Month 2019 anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor yang bertempat di Taman Awam Jenjarum, Bukit Beruntung. Tema pada kali ini adalah, “Landskap Lestari, Komuniti Bestari”. Jemputan yang hadir adalah, Hajah Rotina binti Mohd Daik, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara yang merupakan perasmi, YDP MDHS, Orang Besar Daerah, Ahli Parlimen KKB dan ADUN Batang Kali.

Untuk makluman, objektif Booth Pameran LUAS antaranya ialah;

1. Mempromosikan ORS dalam Program Pembangunan Tapak Pendidikan, Sukan Air, Latihan dan Rekreasi Sumber Air Negeri Selangor
2. Mengenalpasti Persatuan Penduduk yang berminat untuk pembangunan lestari sumber air.
3. Memberi pendedahan berkenaan fungsi ORS
4. Memberi pendedahan berkenaan fungsi LUAS dan perkhidmatan yang dipertangungjawabkan
5. Mempromosikan kerjasama dengan MDKS, Rotary, Pejabat Penghulu, Komuniti Bestari Jaya, Majlis Sukan Negeri, Persatuan Kanu dan lain-lain
6. Menangangkat kemahiran TVET oleh IPT - Pembinaan kerusi batu
7. Menerangkan konsep untuk pembangunan ekonomi komuniti
8. Penerangan tentang aktiviti yang telah dilaksanakan dan pencapaian SMART ORS
9. Memberi latihan dan pendedahan kepada Kakitangan Unit Projek

Lembaga juga telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan gubahan booth pameran. Diharap, dengan penglibatan Lembaga di dalam acara seperti ini dapat memberi impak kepada masyarakat dalam pengetahuan umum tentang LUAS dan fungsinya.

 

WhatsApp Image 2019 05 23 at 9.38.43 AM

WhatsApp Image 2019 05 23 at 9.38.43 AM 1

WhatsApp Image 2019 05 23 at 9.38.45 AM

Bengkel Pengurusan Risiko MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014

Pada 8-9 Mei 2019 Lembaga telah mengadakan lanjutan Bengkel Pengurusan Pelan Risiko yang bertempat di di Bilik Mesyuarat Muara Selangor. Bengkel ini telah dihadiri seramai 33 orang pegawai.Bengkel ini diadakan bertujuan bagi menghadapi persiapan audit SIRIM yang akan berlangsung pada 18-19 Jun 2019. Diharap pegawai-pegawai yang hadir dapat menambah ilmu dalam merangka pelan risiko-risiko yang berkemungkinan dihadapi oleh Lembaga. 

WhatsApp Image 2019 05 14 at 9.10.27 AM 1

WhatsApp Image 2019 05 14 at 9.10.27 AM

 

More Articles ...