Fungsi Dan Peranan Pejabat Wilayah Klang/Sg. Buloh
- Menyediakan dan melaksanakan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM)
- Menyelaras dan mengawalselia penguatkuasaan punca pencemaran melalui Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai Negeri Selangor dan Pasukan Petugas Mengawal Pencemaran Sg. Klang.
- Menganalisa dan memantau Paras Air Empangan di Lembangan Klang.
- Menyelaras, mengawal-selia dan melaksanakan Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (Integrated Coastal Management – ICM)
- Menyelaras, mengawal-selia dan memajukan program tebusguna pantai
- Menyelaras dan memantau kualiti Sumber Air Marin Negeri Selangor.