Fungsi Dan Peranan Unit Abstraksi Air
- Memastikan pengurusan sumber air bumi dan permukaan serta pemantauan abstraksi sumber air dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi mencapai kepuasan pelanggan secara berterusan.
- Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan dasar-dasar, cara-cara dan langkah-langkah yang hendak diambil untuk menjaga, memelihara dan memudahkan pembangunan mampan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air yang efisien bagi maksud awam.
- Menjaga kepentingan Negeri di dalam hal pembangunan, pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air (air bumi dan air permukaan).
- Memastikan sumber air bumi dan air permukaan dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi Negeri yang sentiasa berdaya maju.
- Menyelaraskan dan mengawalselia pemberian Lesen Abstraksi Sumber Air bagi aktiviti abstraksi sumber air bumi dan air permukaan selaras dengan peruntukan perundangan Seksyen 41(2) dan Seksyen 44, Enakmen LUAS, 1999.
- Menjalankan pemantauan berkala terhadap pemegang – pemegang lesen abstraksi sumber air bagi memastikan pengurusan sumber air sentiasa mampan dan sejahtera.
- Memantau dan menyediakan laporan siasatan tapak bagi aduan-aduan berkaitan abstraksi sumber air.
- Mengemaskini pangkalan data dan maklumat sumber air dengan lengkap dan tepat melalui Sistem Perlesenan Abstraksi Sumber Air (SPASA).
- Menganalisa dan menyediakan laporan kemajuan Pelaksanaan Skim Pelesenan dan Caj Abstraksi Sumber Air Negeri Selangor kepada Pihak Berkuasa Negeri.
- Menjaga kepentingan pengguna-pengguna sumber air (air bumi dan air permukaan) berhubungan dengan jumlah dan kualiti sumber air.