Fungsi Dan Peranan Unit Perancangan Dan Penyelidikan
- Menghadiri Mesyuarat OSC/PBT.
- Memantau ulasan permohonan Kebenaran Bertulis yang perlu dipohon kepada Lembaga melalui Mesyuarat OSC.
- Mengadakan lawatan tapak bagi memantau pematuhan kes-kes yang terlibat dengan permohonan Kebenaran Bertulis di tapak.
- Menyemak, memproses, mengadakan lawatan tapak dan menyediakan surat ulasan maklumbalas ke Mesyuarat OSC/PBT dalam tempoh 14 hari.
- Mengemaskini permohonan-permohonan yang diterima/dikeluar dari/ke Mesyuarat OSC/PBT ke dalam sistem pangkalan data KM dan KB bagi memudahkan pemantaun dan semakan dibuat.
- Menghadiri bengkel dan seminar (“training of trainers”), menyemak dan memproses surat ulasan dan maklumbalas bagi penyediaan kajian-kajian pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak JPBD Negeri Selangor dan JPBD Semenanjung agar selaras dengan kepentingan dan kehendak Lembaga.
- Menyediakan dan menyemak surat ulasan maklumbalas untuk tujuan Mesyuarat J/K Perancang Negeri Selangor.
- Membuat kerja-kerja pendigitan, penyuntingan, pengemaskinian, mencarta, menyelia dan memasukkan maklumat attribut bagi peta GIS Lembaga untuk aktiviti-aktiviti berikut secara berkala.
- Memantau perjalanan dan pelaksanaan pembangunan projek aplikasi GIS terbuka (E-LUAS) dapat digunapakai sepenuhnya iaitu bagi Modul Asas dan Modul Abstraksi Sumber Air.
- Menyediakan dan menyelaras Latihan Hands-On untuk pelaksanaan E-LUAS.
- Menyedia dan mendokumentasikan hasil cetakan untuk kegunaan bahagian, seksyen dan unit Lembaga.
- Mengenalpasti kawasan sumber air kolam (bekas tasik dan lombong) yang berpotensi untuk diwartakan. Kerja-kerja pewartaan ini melibatkan penentuan sempadan warta, peringkat kelulusan MMKN, pelantikan juruukur, kerja-kerja ukur, penyediaan pelan rangka dan pelan warta.
- Mengenalpasti kawasan sumber air lain yang berpotensi untuk diwartakan iaitu sungai dan empangan.