Fungsi Dan Peranan Unit Audit Dalam
- Membantu pengurusan dalam mencapai objektifnya untuk menentukan tahap akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan.
- Menentukan bahawa operasi kewangan Lembaga Urus Air Selangor di uruskan selaras dengan prosedur yang ditetapkan serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang diwujudkan.
- Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sstem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.
- Memastikan segala program dan aktiviti yang dijalankan oleh Lembaga Urus Air Selangor dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan.
- Mengkaji asset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
- Memberi khidmat nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
- Melaporkan hasil pengauditan kepada Pengarah, Lembaga Urus Air Selangor dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.
- Mengesyorkan langkah-langkah pembetulan untuk diperbaiki kelemahan-kelemahan dalam sistem operasi yang tidak menepati objektif, rancangan, standard atau anggaran perbelanjaan.
- Menyediakan Laporan Audit tanpa sebarang prejudis dan prasangka serta membentang Laporan Audit dalam Jawatankuasa Audit.
- Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Pengarah lembaga Urus Air Selangor.