Objektif :
- Membangunkan satu sistem pengkalan data yang komprehensif supaya pemantauan atau penyelarasan perkembangan aktiviti air bumi dapat dilaksanakan secara bersepadu di mana data-data di setiap agensi akan diselaraskan bagi pengurusan air bumi terutamanya di dalam perkara pengambilan, pemantauan, pembaikpulih dan pengawalan keadaan semulajadi serta penguatkuasaan.
- Melaksanakan pengawalseliaan dan penguatkuasaan dengan menetapkan peraturan, proses dan prosedur kelulusan permohonan pengambilan air bumi serta melaksanakan kesemua fungsi dan tanggungjawab perundangan dan mengikut undang-undang di bawah agensi-agensi yang terlibat.
- Menjalinkan kerjasama dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan serta pemantauan bersama agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan air bumi.
- Menyediakan, mengkaji dan mencadangkan syor-syor bagi penggunaan dan pengagihan air bumi daripada aspek bekalan dan permintaan.