Sidebar

Pemakluman

Alat
Tipografi

Adalah dimaklumkan bahawa satu insiden kemalangan kenderaan di KM 371.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) telah menyebabkan tumpahan bahan latex yang mengalir ke Sungai Bernam. Pihak AIR Selangor telah mengeluarkan kenyataan berjaga-jaga bahawa Loji Pembersihan Air (LPA) Bernam River Headworks (BRH) dijangka akan menghentikan operasi pada jam 12.00 tengah malam ini, Khamis 20 September 2018. LUAS serta pihak-pihak yang terlibat sedang mengambil tindakan mitigasi di lokasi dan jajaran sungai yang terlibat.