Sidebar

Pengenalan

Alat
Tipografi

 

Projek pembangunan stesen minihidro merupakan saranan daripada pihak Kerajaan Malaysia di dalam Program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Small Renewable Energy Program - SREP) yang dilancarkan pada 11 Mei 2001. Ia merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan penggunaan sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Renewable Energy, RE) dalam bidang penjanaan kuasa elektrik yang disasarkan 11% pada tahun 2020. Ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperluaskan lagi perkembangan pembangunan Tenaga RE sebagai sumber bahan api di bawah Dasar Kepelbagaian Bahan Api Negara.