Sidebar

19
Jum, Jul

PROGRAM HARI SUNGAI SEDUNIA 2018 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

PROGRAM HARI SUNGAI SEDUNIA 2018 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Pada 29 dan 30 September 2018, LUAS telah menganjurkan Program Hari Sungai Sedunia 2018 Peringkat Negeri Selangor di Off-River Storage (ORS) Kg. Hang Tuah, Bestari Jaya, Kuala Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh Dato'Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin bin Shari. Program Hari Sungai Sedunia yang ke-14 ini disambut lebih daripada 60 buah negara diseluruh dunia termasuk Malaysia. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam sambil menggalakkan pengawalan kebersihan dan kelestarian sungai-sungai yang terdapat di Selangor. Sungai-sungai kita menghadapi pelbagai ancaman dan tekanan pencemaran akibat daripada perbuatan manusia secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, marilah kita bekerjasama antara satu sama lain memelihara dan memulihara sungai kita. Kebersihan air sungai adalah tanggungjawab semua peringkat tidak kira kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan apatah lagi masyarakat.

Pelbagai aktiviti dijalankan selama 2 hari program ini berlangsung antaranya ialah pameran, kenduri rakyat, pertandingan kayak, pertandingan mengecat kerusi, pertandingan membina bot, persembahan live band dan sebagainya. ORS Kg. Hang Tuah ini dipilih untuk dijadikan sebagai lokasi program adalah sebagai langkah pengenalan SMART ORS kepada orang awam. SMART ORS ini merupakan inovasi daripada pihak LUAS dan telah dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah Projek Terbaik Keseluruhan Majlis Persada Inovasi Negeri Selangor (MPIPANS) pada tahun 2017. Pada tahun ini jugak LUAS telah dinobatkan sebagai Projek Inovasi Hibrid Terbaik bersama pihak UNISEL, serta johan bagi Kategori Sosial Penambahbaikan bagi MPIPANS.

DSC04641

 

 

 

PROGRAM PENANAMAN POKOK BERSAMA DATO' PENGARAH LUAS DI OFF RIVER STORAGE (ORS) KAMPUNG HANG TUAH, BESTARI JAYA

Pada 17 Ogos 2018 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengadakan Program Penanaman Pokok Bersama Pengarah LUAS iaitu Dato' Ir. Hashim bin Osman di Off River Storage (ORS), Bestari Jaya. ORS Kampung Hang Tuah ini telah dijadikan sebagai Tapak Pendidikan, Latihan Sukan Air dan Rekreasi Sumber Air Negeri Selangor secara rasmi pada 21 Februari 2018 yang lalu. Selaras dengan pembangunan di kawasan ini, penanaman pokok merupakan salah satu ikhtiar dari Lembaga dalam meningkatkan imej ORS Kampung Hang Tuah sebagai satu tarikan baru kepada masyarakat setempat. Semua kakitangan Lembaga terlibat dalam menanam sebanyak 500 anak pokok di kawasan tersebut. Jenis anak pokok yang di tanam adalah Pokok Gaharu atau nama lainnya, Agarwood. Salah satu tujuan utama program ini adalah untuk meluangkan masa dan mengeratkan silaturrahim serta mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Disamping meningkatkan imej, keperluan menanam lebih banyak pokok memberi manfaat dalam mengurangkan kesan cuaca panas dan kering yang melanda negara pada masa ini.

WhatsApp Image 2018 08 20 at 11.55.29 AM

PROGRAM JOM GOTONG ROYONG ORS KAMPUNG HANG TUAH

Pada awal tahun 2018, Lembaga telah mengemukakan cadangan untuk menjadikan Off River Storage Kampung Hang Tuah sebagai tapak pendidikan, sukan air dan rekreasi sumber air negeri Selangor. Unisel telah dilantik sebagai rakan utama untuk menggerakkan program cadangan tersebut. Sebagai permulaan, pada 12 April 2018, satu program gotong royong untuk menanam rumput di ORS Kampung Hang Tuah telah diadakan bersama Unisel, penduduk sekitar, NGO, RELA Daerah Kuala Selangor, LUAS, JPS Kuala Selangor, wakil JKKK dan beberapa pihak secra suka rela juga telah turut serta. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor Unisel dan disaksikan oleh Ketua Penolong Pengarah Perancangan dan Pembangunan LUAS, En. Nor Zamri.

Konsep Jom Gotong Royong ini memerlukan setiap peserta untuk membawa peralatan menanam, cawan dan bekas makanan sendiri. Ini bagi mendidik para peserta supaya tidak menggunakan botol-botol plastik. Sumbangan rumput adalah hasil dari kutipan oleh semua ahli dan tidak meminta dana dari pihak kerajaan. Ini akan mendidik para peserta mempunyai rasa tanggungjawab dalam menguruskan harta bersama. Untuk makluman, ORS Kampung Hang Tuah ini telah diangkat sebagai Juara Kategori dan Juara Premier di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Selangor.

 IMG 20180413 WA0010  IMG 20180413 WA0011 

BENGKEL "HANDS ON" SISTEM PELESENAN KEMASUKAN ATAU PELEPASAN BAHAN PENCEMAR

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menganjurkan Bengkel "Hands On" Sistem Pelesenan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar pada 09 Ogos 2018 (Khamis) yang lalu bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam. Majlis dirasmikan oleh Pengarah LUAS iaitu Dato Ir. Hashim bin Osman.

LUAS memperkenalkan kepada pengusaha atau pemegang lesen bahan pencemar mengenai "Licensing Effluent Discharge System" (LEDS). Proses permohonan sebelum ini menggunakan konsep manual dan kini LEDS merupakan sistem yang telah di tambah baik berciri baru dan mesra pengguna. Sistem ini akan digunapakai sepenuhnya oleh pengusaha dan pemegang lesen bahan pencemar.

Tujuan bengkel ini di adakan adalah untuk memperkenalkan sistem permohonan lesen terbaru kepada Pengusaha dan Pemegang Lesen Bahan Pencemar. Memberi keterangan serta kefahaman berkenaan prosedur permohonan lesen kemasukan atau pelepasan bahan pencemar melalui LEDS.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pengusaha atau pemegang lesen bahan pencemar kerana sudi meluangkan masa untuk turut serta dalam bengkel ini. Pada orang awam yang ingin memohon lesen kemasukan atau pelepasan bahan pencemar secara online sila layari di laman web http://elesen.luas.gov.my.

 IMG 1005    IMG 1075

LAWATAN PEMERIKSAAN PANEL PENILAIAN ANUGERAH PENGURUSAN PEJABAT & PENTADBIRAN CEMERLANG (APPC) TAHUN 2018

LAWATAN PEMERIKSAAN PANEL PENILAIAN ANUGERAH PENGURUSAN PEJABAT & PENTADBIRAN CEMERLANG (APPC) TAHUN 2018

Pada 21 Mac 2018, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menerima lawatan pemeriksaan dari Panel Penilai Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2018. Penilaian APPC pada tahun ini telah disertai 9 orang panel penilai, yang beberapa kriteria iaitu Pengurusan Organisasi, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Projek Pembangunan, Pengurusan ICT, Pengurusan Rekod, Pengurusan Teras dan Pengurusan Pelanggan. DIharapkan dengan kehadiran panel-panel APPC ini dapat meningkatkan lagi produktiviti dan tahap perkhidmatan Lembaga.

 

appc1  appc2

Lebih banyak artikel..