Sidebar

22
Isn, Jul

Program Sambutan World Landscape Architecture Month 2019

Pada 06 April 2019, Lembaga telah menyertai pameran di Program Sambutan World Landscape Architecture Month 2019 anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor yang bertempat di Taman Awam Jenjarum, Bukit Beruntung. Tema pada kali ini adalah, “Landskap Lestari, Komuniti Bestari”. Jemputan yang hadir adalah, Hajah Rotina binti Mohd Daik, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara yang merupakan perasmi, YDP MDHS, Orang Besar Daerah, Ahli Parlimen KKB dan ADUN Batang Kali.

Untuk makluman, objektif Booth Pameran LUAS antaranya ialah;

1. Mempromosikan ORS dalam Program Pembangunan Tapak Pendidikan, Sukan Air, Latihan dan Rekreasi Sumber Air Negeri Selangor
2. Mengenalpasti Persatuan Penduduk yang berminat untuk pembangunan lestari sumber air.
3. Memberi pendedahan berkenaan fungsi ORS
4. Memberi pendedahan berkenaan fungsi LUAS dan perkhidmatan yang dipertangungjawabkan
5. Mempromosikan kerjasama dengan MDKS, Rotary, Pejabat Penghulu, Komuniti Bestari Jaya, Majlis Sukan Negeri, Persatuan Kanu dan lain-lain
6. Menangangkat kemahiran TVET oleh IPT - Pembinaan kerusi batu
7. Menerangkan konsep untuk pembangunan ekonomi komuniti
8. Penerangan tentang aktiviti yang telah dilaksanakan dan pencapaian SMART ORS
9. Memberi latihan dan pendedahan kepada Kakitangan Unit Projek

Lembaga juga telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan gubahan booth pameran. Diharap, dengan penglibatan Lembaga di dalam acara seperti ini dapat memberi impak kepada masyarakat dalam pengetahuan umum tentang LUAS dan fungsinya.

 

WhatsApp Image 2019 05 23 at 9.38.43 AM

WhatsApp Image 2019 05 23 at 9.38.43 AM 1

WhatsApp Image 2019 05 23 at 9.38.45 AM

Bengkel Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014

Pada 13 Mei 2019 Lembaga telah menjalankan Bengkel Audit Dalaman bagi juruaudit yang telah dilantik. Bengkel ini bertujuan memberi latihan dan pengetahuan tentang cara-cara pengauditan bagi menghadapi audit dalaman yang akan dijalankan pada 15, 16, 17, 21, 23 dan 24 Mei 2019. Lembaga berharap dengan menghadiri bengkel dan sesi latihan ini dapat menghasilkan juruaudit dalaman yang unggul dan berintegriti.

WhatsApp Image 2019 05 13 at 12.23.12 PM

WhatsApp Image 2019 05 13 at 11.12.40 AM

Sesi Town Hall Bersama Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Pindaan Enakmen LUAS 1999

Sesi Town Hall Bersama Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Pindaan Enakmen LUAS telah diadadakan pada 27 Februari 2019 (RABU) di Auditorium Dato Seri Harun Idris, Pejabat PKNS, Shah Alam.

Sesi ini melibatkan pihak berkepentingan dengan Lembaga yang terdiri daripada beberapa sektor seperti Perindustrian, Pertanian, Perlombongan, Perladangan, Akuakultur, Pembangunan, Utiliti dan Komersial. Tujuan sesi ini diadakan ialah:-

  1. Mendapatkan segala pandangan dan cadangan daripada pihak berkepentingan (Industry Player) bagi cadangan pindaan Enakmen LUAS 1999; dan 
  2. Membincangkan isu-isu  terhadap dasar dan perundangan sedia ada.

Kandungan sesi ini terdiri daripada pembentangan berkenaan Enakmen LUAS 1999 yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Undang-Undang) Tuan Haizam Irwan bin Toha yang menjelaskan fungsi dan kuasa Lembaga serta aktiviti yang dikawalselia Lembaga termasuklah tetapi tidak terhad kepada pelesenan, fi dan caj serta kandungan Enakmen yang lain. Sejurus selepas itu, Sesi bersambung dengan cadangan dari pihak berkepentingan dari semua sektor yang hadir yang dikendalikan oleh moderator Ir. Dr. Salmah binti Zakaria dan dibanytu oleh Pegawai Undang-Undang Puan Norfazilah binti Shaharudin. Sebanyak 58 cadangan diterima hasil dari sesi ini.

Kesimpulannya, sesi ini telah mencapai objektifnya bagi mendapatkan cadangan dari pihak berkepentingan (Industry Players). Seterusnya proses penambahbaikan atau semakan semula Enakmen LUAS 1999 ini akan mempertimbangkan semua cadangan dan pandangan yang telah dibuat oleh semua pihak baik agensi kerajaan, swasta mahu pun badan bukan kerajaan.

 

 

 

Bengkel Pengurusan Risiko MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014

Pada 8-9 Mei 2019 Lembaga telah mengadakan lanjutan Bengkel Pengurusan Pelan Risiko yang bertempat di di Bilik Mesyuarat Muara Selangor. Bengkel ini telah dihadiri seramai 33 orang pegawai.Bengkel ini diadakan bertujuan bagi menghadapi persiapan audit SIRIM yang akan berlangsung pada 18-19 Jun 2019. Diharap pegawai-pegawai yang hadir dapat menambah ilmu dalam merangka pelan risiko-risiko yang berkemungkinan dihadapi oleh Lembaga. 

WhatsApp Image 2019 05 14 at 9.10.27 AM 1

WhatsApp Image 2019 05 14 at 9.10.27 AM

 

Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor Dihoskan oleh LUAS

Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang dihoskan oleh LUAS buat pertama kalinya selepas 20 tahun ditubuhkan telah diadakan pada 25 Mac 2019 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Ianya telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor bersama dif-dif kehormat YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan YB Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor telah menyampaikan amanat-amanat beliau kepada penjawat awam Negeri Selangor sempena sambutan Hari Air Sedunia 2019 dan melancarkan LUAS Intelligent Support System (LiSS).

Sambutan Hari Air Sedunia 2019 bertemakan Air untuk Semua pada tahun ini adalah selari dengan slogan LUAS yang memberi maksud dan kesedaran bahawa air adalah hak dan keperluan semua termasuk manusia, haiwan, tumbuhan dan alam sekitar. Justeru ianya perlu dipelihara dan diuruskan dengan baik agar dapat memenuhi keperluan setiap sektor.

Di dalam masa yang sama, LiSS dilancarkan secara rasminya oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang mana melalui sistem ini, analisa data ramalan sumber air boleh dilakukan dengan mengambil kira faktor-faktor sumber air sedia ada seperti paras sungai, kadar hujan dan kapasiti empangan agar penggunaan sumber air dapat dimanfaatkan dan dioptimakan. Dengan adanya LiSS ini sumber air dapat dielakkan daripada pembaziran.

Program ini memberi kesedaran kepada penjawat-penjawat awam Negeri Selangor tentang peranan dan fungsi setiap jabatan yang berbeza di dalam menguruskan sumber air negeri kerana kelestarian sumber air negeri adalah kunci kepada kesinambungan bekalan air rakyat Negeri Selangor.

 

                                   DSC04827              DSC04850

 

                                               

Lebih banyak artikel..