Sidebar

17
Ahd, Nov

Kerja-Kerja Pengukuran Isipadu Dan Profil Kolam Alternatif ORS, Bestari Jaya

Alat
Tipografi
  • Kerja-kerja pengukuran isipadu dan profil kolam alternatif ORS Bestari Jaya diketuai oleh Encik Fikri dari Unit Projek. Antara unit yang terlibat adalah Unit Hidrologi, Unit Teknologi Maklumat, Unit Kawalan Badan Air dan Unit Penguatkuasaan.
  • Kerja-kerja pengukuran kolam ialah menjalankan pengukuran isipadu dan profil kolam-kolam alternatif menggunakan peralatan discharge measurement dan moving boat.
  • Kerja pengukuran kolam telah dijalankan bermula dari 8 Mei 2019 di Kolam Alternatif Hang Tuah 1.
  • Kolam alternatif Hang Tuah adalah tempat kerja-kerja pengukuran isipadu dan profil, ianya dilakukan secara berperingkat dari kolam Hang Tuah 1, Kolam Hang Tuah 2, Kolam Hang Tuah 3, Kolam Hang Tuah 4, Kolam Hang Tuah 5 dan Kolam Hang Tuah 6.
  • Kerja-kerja pengukuran kolam dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti isipadu dan profil di setiap kolam. Ianya untuk mendapatkan anggaran kapasiti simpanan air bagi menampung keperluan di sungai Selangor. Data ini juga adalah amat penting untuk mengetahui keupayaan sumber air yang boleh digunakan semasa musim kering.
  • Kerja-kerja pengukuran kolam dilakukan menggunakan alat-alat seperti berikut:

-         Measurement discharge

-         Moving boat

-         Tali nylon

-         Kayu 1x2 inci

-         Tukul besi

-         Spray cat

-         Sarung tangan

-         Pita ukur

-         Jaket keselamatan

-         Bot

-         Enjin bot

-         Pendayung

-         Komputer riba

 

12

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5

4