Sidebar

17
Ahd, Nov

Hari Sungai Sedunia 2019

Alat
Tipografi

Pada 29 September 2019 Lembaga Urus Air Selangor dengan kerjasama Jabatan Pengaliran dan Saliran Malaysia dan Jabatan Pengaliran dan Saliran Selangor telah mengadakan Hari Sungai Sedunia 2019 yang bertempat di Dataran Sungai Selangor, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tema pada tahun ini adalah, “Waterways In Our Community”. Program sambutan hari sungai sedunia ini disambut secara global lebih daripada 60 buah negara diseluruh dunia termasuk Malaysia. Program ini dirasmikan oleh Y.B Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

Program ini diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan tanggungjawab orang ramai terhadap kepentingan mengamalkan kebersihan dan menjaga sumber air semulajadi. Selain itu, memberi pendedahan kepada masyrakat tentang badan atau agensi-agensi yang terlibat dan juga bertanggungjawab di dalam hal-hal berkaitan air di negeri Selangor di samping, meningkatkan kesepaduan dan kerjasama di antara semua pihak termasuk masyarakat, sektor awam dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha untuk melestarikan kualiti dan kuantiti sumber air.

Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut antaranya ialah, pelancaran Program Sungai dan Pantai Angkat 2019/2020, pertandingan mewarna, pertandingan menara manusia, pertandingan selfie dan fotografi, acara tubing dan acara pukul bantal. Selain itu terdapat juga pameran dari jabatan kerjaan dan agensi luar antaranya ialah Pejabat Kesihatan Daaerah yang menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma, Pengurusan Air Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan sebagainya. Orang ramai yang hadir telah menggamatkan lagi program pada hari tersebut.

Kesimpulannya, LUAS berharap progam ini dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian sumber air semula jadi di samping, mengeratkan silaturrahim diantara kakitangan badan kerajaan, bukan kerajaan dan juga rakyat. Sayangilah sungai kita, dan hargailah kepentingannya.

20190929 1009051

20190929 1111271

20190929 1017411

WhatsApp Image 2019 09 29 at 11.07.36 PM