Sidebar

16
Isn, Dis

Taklimat Pengauditan Sektor Awam (Badan Berkanun)

Alat
Tipografi

 Pada 31 Oktober 2019, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menyertai Taklimat Pengauditan Sektor Awam (Badan Berkanun) yang betempat di Hotel De Palma, Shah Alam. Taklimat tersebut disampaikan oleh Jabatan Audit Negara (Bahagian Susulan). Seramai 39orang pegawai LUAS yang hadir. Taklimat turut dihadiri oleh Datuk Ir. Adnan Bin Mohd Nor, Pengerusi Jawatankuasa Audit/Ahli Lembaga Pengarah, Ir. Dr. Salmah Binti Zakaria, Ahli Jawatankuasa Audit / Ahli Lembaga Pengarah dan Tuan Anuwar Bin Asmuni, Ahli Jawatankuasa Audit / Ahli Lembaga Pengarah.

 Tujuan taklimat ini adalah bagi memberi pendedahan dan menambah pengetahuan berkaitan Pengauditan di Sektor Awam (Badan Berkanun) kepada Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Jawatankuasa Audit LUAS, dan Warga LUAS. Sepanjang taklimat tersebut, peserta diberi pendedahan berkaitan aktiviti pengauditan dan pemahaman mengenai fungsi / peranan Audit Dalam.

 Kesimpulannya, taklimat ini dapat meningkatkan prosedur kerja dengan berlandaskan peraturan serta pekeliling dan menambahkan pengetahuan berkaitan pengauditan sektor awam (Badan Berkanun).

 

GAMBAR TAKLIMAT PENGAUDITAN 2

GAMBAR TAKLIMAT 4

GAMBAR TAKLIMAT PENGAUDITAN 3