Sidebar

21
Isn, Okt

Pemakluman

Adalah dimaklumkan bahawa LPA Bernam River Headworks (BRH) telah mula beroperasi seperti biasa pada hari ini, 21 September 2018. Tiada gangguan bekalan air kepada pengguna di kawasan Wilayah Sabak Bernam berlaku. 

Pemakluman

Adalah dimaklumkan bahawa satu insiden kemalangan kenderaan di KM 371.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) telah menyebabkan tumpahan bahan latex yang mengalir ke Sungai Bernam. Pihak AIR Selangor telah mengeluarkan kenyataan berjaga-jaga bahawa Loji Pembersihan Air (LPA) Bernam River Headworks (BRH) dijangka akan menghentikan operasi pada jam 12.00 tengah malam ini, Khamis 20 September 2018. LUAS serta pihak-pihak yang terlibat sedang mengambil tindakan mitigasi di lokasi dan jajaran sungai yang terlibat.

Pemakluman

Adalah dimaklumkan bahawa muka sauk Sg. Labu dan LPA Salak telah beroperasi sepenuhnya pada jam 2 pagi, 10 September 2018. Tiada gangguan bekalan air kepada pengguna berlaku di mana bekalan sedia ada adalah daripada LPA yang lain.


Warning: session_write_close(): write failed: No space left on device (28) in /var/www/html/v3/libraries/joomla/session/handler/native.php on line 192

Warning: session_write_close(): Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php/session) in /var/www/html/v3/libraries/joomla/session/handler/native.php on line 192