Sidebar

19
Jum, Jul

KENYATAAN MEDIA PENCEMARAN BAU DI SUNGAI SEMENYIH

27 Jun 2019

9:00 pagi

 

KENYATAAN MEDIA

PENCEMARAN BAU DI SUNGAI SEMENYIH

 

  • Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dimaklumkan bahawa berlakunya pencemaran bau yang tinggi di Sungai Semenyih yang mencapai sehingga 7 ton pada jam 3:20 petang (26 Jun 2019). Sehubungan itu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah dihenti tugas pada jam 5:00 petang.
  • Berdasarkan siasatan, punca bau telah dikenalpasti daripada sebuah kilang memproses minyak sawit mentah kepada minyak sawit bersih di sekitar kawasan Semenyih.
  • LUAS telah mengarahkan kilang terlibat untuk menghentikan operasi dan pelepasan bagi membendung pencemaran daripada menjadi lebih buruk. Langkah pembendungan menggunakan activated carbon (AC) juga dilakukan oleh LUAS dan pensampelan dijalankan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di antara titik pelepasan kilang berkenaan sehingga ke Sg. Rinching sejauh 450 meter yang mana seterusnya mengalir ke Sg. Semenyih.
  • Sehingga jam 6 pagi tadi, kesan bau telah menurun sehingga 0 ton dan LRA Sg. Semenyih telah beroperasi semula secara berperingkat.
  • LUAS sedang meneliti tindakan-tindakan berkaitan yang boleh diambil berdasarkan Enakmen LUAS 1999 terhadap pelaku seperti perintah di bawah Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 yang mana boleh dikeluarkan kepada pihak kilang supaya menghentikan operasi kerja-kerja bagi tujuan melindungi alam sekitar, kesihatan dan keselamatan awam.
  • Bagi mengikuti perkembangan terkini sila layari laman sesawang LUAS https://luas.gov.my/v3/my/ atau facebook di carian Lembaga Urus Air Selangor.

LEMBAGA URUS AIR SELANGOR

KENYATAAN MEDIA PENCEMARAN BAU DI SUNGAI SEMENYIH

26 Jun 2019

9:30 malam

 

KENYATAAN MEDIA PENCEMARAN BAU DI SUNGAI SEMENYIH 

 

  • Lembaga Urus Air Selangor telah dimaklumkan bahawa berlakunya pencemaran bau yang tinggi di Sungai Semenyih yang mencapai sehingga 7 ton pada jam 3:20 petang. Sehubungan itu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah dihentitugas pada jam 5:00 petang tadi.

 

  • Berdasarkan siasatan, punca bau telah dikenalpasti daripada sebuah kilang memproses minyak sawit mentah kepada minyak sawit bersih disekitar kawasan Semenyih. Pihak LUAS telah menghubungi kilang tersebut agar menutup pelepasan efluen dari kilang serta merta pada jam 7:35 malam.

 

  • LUAS telah mengambil sampel pada jam 8:30 malam di sump (tempat mengalirnya bahan buangan) dari kilang di mana efluen tersebut akan melalui longkang terlebih dahulu dan seterusnya mengalir terus memasuki Sungai Rinching. Jarak sump ke Sungai Rinching adalah sejauh 450 meter.

  • Hasil pemantauan di kilang tersebut, terdapat sump yang berbau seperti pencemaran bau di Sungai Semenyih. Pihak Jabatan Alam Sekitar memutuskan akan membuat siasatan pada keesokan hari (27 Jun 2019) dengan memasukkan cecair berwarna ke dalam saliran sump bagi menentukan aliran ke sump tersebut.

 

  • Perintah di bawah S 121(1) Enakmen LUAS 1999 boleh dikeluarkan kepada pihak kilang supaya menghentikan operasi kerja-kerja bagi tujuan melindungi alam sekitar, kesihatan dan keselamatan awam.

 

  • Menurut jangkaan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), loji hanya akan dapat beroperasi semula dalam tempoh 15 jam (11 pagi, Khamis 27 Jun 2019) bergantung pada keadaan cuaca dan aliran di sungai serta tiada lagi pencemaran berulang.

 

  • Sehingga kini, pihak LUAS dan juga beberapa agensi atau jabatan seperti Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Pengurusan Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar berusaha dan bekerjasama dalam menangani isu ini.

KENYATAAN MEDIA PENCEMARAN BAU DI SUNGAI SEMENYIH

26 JUN 2019

6:30 PETANG

 

KENYATAAN MEDIA PENCEMARAN BAU DI SUNGAI SEMENYIH

 

  • Adalah dimaklumkan bahawa Sungai Semenyih sedang megalami pencemaran bau yang menjadi sumber air mentah bagi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan telah dihentitugas. Pihak Pengurusan Air Selangor mengesahkan kehadiran bau tersebut adalah sebanyak 5 ton sehingga jam 6:00 petang tadi. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) turut mengambil sampel bagi mengenalpasti punca bau tersebut. Berdasarkan siasatan, punca bau telah dikenalpasti daripada sebuah kilang di kawasan sekitar Semenyih. Sehingga kini, pihak LUAS dan juga beberapa agensi berusaha dan bekerjasama dalam menangani isu ini.
  • Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ekoran insiden ini, beberapa kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dijangka akan terkesan dengan gangguan bekalan air dan tekanan rendah bermula pada jam 9:00 malam ini.
  • Bagi mengikuti perkembangan terkini sila layari laman sesawang LUAS https://luas.gov.my/v3/my/ atau facebook di carian Lembaga Urus Air Selangor.