Sidebar

21
Kha, Nov
As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Operasi Pembenihan Awan (OPA)

Alat
Tipografi

Pengenalan 

Cuaca panas yang melanda di seluruh Semenanjung Malaysia memberi kesan kepada pengurangan jumlah taburan hujan seterusnya menyebabkan kepada pengurangan drastik paras air sungai. Berdasarkan kenyataan media bertarikh 8 Januari 2016 yang dikeluarkan oleh Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah dijangka akan turut dirasai seluruh Semenanjung pada penghujung Januari hingga Mac 2016 disebabkan oleh kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2016. Fenomena El Nino kuat ini dijangka memberi kesan kepada pengurangan jumlah hujan antara 20% – 60% dan kenaikan suhu sekitar 0.5°C hingga 2.0°C berbanding biasa.

Sehubungan itu, beberapa alternatif telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi menangani keadaan musim kering yang melanda termasuklah Operasi Pengepaman Air Kolam dan Operasi Pembenihan Awan di seluruh negeri Selangor.

 

Objektif

Bagi menjamin kelangsungan sumber air di negeri Selangor, Operasi Pembenihan Awan telah dipergiat terutamanya di sekitar kawasan tadahan empangan yang memberi fokus kepada kawasan empangan Sg Selangor, Sg Tinggi dan Langat dan empangan seluruh negeri Selangor.

Operasi pembenihan awan bagi tahun 2016 telah bermula seawal 15 Januari 2016 untuk tujuan arahan kecemasan bagi menangani pencemaran di Sungai Langat yang menyebabkan loji pembersihan air batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas. Operasi tersebut telah dilaksanakan dengan kerjasama pihak AFJETS Sdn. Bhd. menggunakan pesawat CESSNA 340 dengan teknik “Hygroscopic Flare” yang memberi tumpuan khusus operasi kepada sekitar Lembangan Langat.

Pesawat Cessna 208B (Grand Caravan)

Hygrosscopic Flare

Kedudukan Flare