Sidebar

24
Sab, Ogs
As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Abstraksi Sumber Air

Alat
Tipografi

Pengenalan

Pengenalan

Hidrologi merupakan kajian sains mengenai pengagihan air di muka bumi, komposisi fizikal dan reaksi kimianya dengan bahan semulajadi lain. Kitaran hidrologi dikenali sebagai pergerakan air antara bumi dengan atmosfera.

Melalui kitaran hidrologi juga, menunjukkan bagaimana berlakunya air hujan yang menjadi titik permulaan wujudnya sumber air bagi kegunaan manusia dan kehidupan di muka bumi ini. Air hujan tersebut akan menyerap masuk ke dalam tanah dan ada yang mengalir ke sungai kemudiaannya terus ke laut.

Sumber Air di Negeri Selangor

Negeri Selangor seluas 796,084 hektar, memperolehi sumber air dari 4 sungai utama iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Klang dan Sungai Bernam.

Selain daripada bekalan air terawat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Syarikat Air Bekalan Selangor (SYABAS), pengguna air di negeri Selangor mempunyai pilihan lain menggunakan sumber air terus dari sungai, kolam dan dari bawah tanah di mana perlu mendapatklan kelulusan daripada Lembaga Urus Air Selangor.

Melalui kajian JICA 2002 The Sustaianable Groundwater Resources and Environmental Management for The Langat Basin in Malaysia, kawasan Lembangan Sungai Langat mempunyai kapasiti kadar luahan selamat air bumi sebanyak 45jlh.

Manakala kawasan Lembangan Sungai Klang dan Sungai Selangor pula mempunyai kapasiti kadar luahan selamat air bumi sebanyak 23.9 jlh dan 35.8 jlh.

DEFINISI

Sumber Air ertinya mana-mana sungai, lembangan sungai, air bumi atau badan air. 

Sungai ertinya mana-mana alur buatan, saluran air semulajadi atau mana-mana anak sungai atau lencongan buatan terhadapnya dan mana-mana kepongan di dalam alur. 

Badan Air ertinya mana-mana alur, tasik, kolam, tanah perairan,  perairan pantai dan badan air lain, sama ada semulajadi atau buatan dan termasuklah mana-mana badan air yang diitetapkan. 

Air Bumi ertinya air bawah permukaan yang terdapat, di bawah aras air di dalam tanah-tanih dan bentukan geologik dan termasuklah-

(a) sesuatu telaga, lubang gerek atau bentuk kerja sepertinya yang digali ke dalam strata bawah tanah, termasuklah mana-mana adit atau saluran .yang dibina berhubungan dengan telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu bagi menyenangkan pengumpulan air di dalam telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu;

(b) mana-mana penggalian ke dalam strata bawah tanah di mana paras air dalam penggalian itu  bergantung sepenuhnya atau sebahagian besarnya kepada air yang memasukinya daripada strata itu ; dan

(c) mana-mana air bumi yang ditetapkan
Peranan LUAS

1. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui kerajaan negeri Selangor adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan sumber air dibawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 ;

Menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas penggunaan dan aliran air dalam mana-mana sumber air dan sama ada berlaku secara semulajadi atas permukaan atau subpermukaan tanah. Seksyen 41(1)

2. Memandangkan LUAS dipertanggungjawabkan dalam kawalan ke atas penggunaan sumber air, maka ;

Tiada seseorang pun atau pihak berkuasa awam boleh, kecuali  dengan kelulusan LUAS, mengganggu aliran semulajadi air dalam mana-mana sumber air atau mengambil atau mengguna air daripada mana-mana sumber air kecuali dengan jumlah tertentu yang telah dibenarkan oleh LUAS dari semasa ke semasa. Seksyen 41(2)

3. Kawalan ke atas penggunaan sumber air dibuat melalui ;

Memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh LUAS kepada mana- mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang  berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang   lesen serta aktiviti-aktiviti mereka. Seksyen 6(1)(n) Mengenakan caj ke atas penggunaan air atau mana-mana sumber lain daripada mana-mana sumber air termasuk tetapi tidak terhad kepada abstraksi, pengeluaran, pembuangan, penyaliran, pelencongan dan pengepongan air itu atau sumber lain.      Seksyen 44(1)(a)

4. Jika didapati ;

Mana-mana orang yang, tanpa kelulusan dari LUAS mengeluar, menggunakan atau melencongkan air atau sumber air yang lain adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Seksyen 107

Punca Kuasa
Fi dan Caj

Kerajaan Negeri Selangor Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Pada 13 April 2005 Telah Membuat Keputusan :

  1. Mengenakan Lesen dan caj terhadap semua pengguna air bumi, air sungai dan badan air.
  2. Tujuan komersial dan bekalan air.
  3. Bermula pada 1 Julai 2005.

Caj Abstraksi Sumber Air

    • Komersial

    • RM 0.05 /m³

    • Bekalan

    • RM 0.01 /m³

Kira Caj Abstraksi (Komersial)
Jumlah Abstraksi Air (m³)(*)
Please type your full name.
Kadar Caj Rm 0.05sen/m³
Jumlah Kadar Caj
Invalid Input
Kira Caj Abstraksi (Bekalan)
Jumlah Abstraksi Air (m³)(*)
Please type your full name.
Kadar Caj Rm 0.01sen/m³
Jumlah Kadar Caj
Invalid Input

Permohonan Lesen Abstraksi Sumber Air

Abstraksi Sumber Air

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Abstraksi Sumber Air?

Penggunaan dan pengambilan air dari mana-mana sumber yang terdapat pada permukaan tanah atau bawah tanah (air bumi).

 

2. Siapakah yang perlu memohon lesen Abstraksi Air Bumi?

Individu, kumpulan, atau premis yang menggunakan air bumi atau air permukaan yang terdiri daripada sungai, lombong, tasik, kolam, tanah perairan, perairan pantai dan badan air lain, sama ada semulajadi atau buatan bagi tujuan komersial dan bekalan air.

 

3. Bagaimanakah bentuk lesen tersebut?

Bentuk lesen yang diguna pakai adalah Lesen Abstraksi Air Bumi dan Lesen Abstraksi Air Permukaan dengan tempoh lesen selama 1 tahun. Pembaharuan lesen perlu dibuat sekiranya:

a) Terus menggunakan air bumi atau air permukaan tersebut.

b) Mengurangkan atau meningkatkan kapasiti penggunaan air bumi dan air permukaan.

 

4. Prosedur Permohonan Lesen Abstraksi Air Bumi

4.1. Bagi Menggali Telaga

4.1.1. Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Kebenaran Menggali Telaga [U11-L5-001-00](2 Salinan)

4.1.2. Melengkapkan Borang Permohonan Menggali Telaga [ U11-F4-001-00](2 Salinan)

4.1.3. Mengemukakan bayaran Fi Pendaftaran berjumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM150) untuk satu telaga.

 

4.2. Bagi Telaga Baharu

4.2.1. Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Baru Lesen Abstraksi Air Bumi. [U11-L5-002-00] (2 Salinan)

4.2.2. Melengkapkan Borang Permohonan Baharu Lesen Abstraksi Air Bumi [U11-F4-002-00](2 Salinan)

4.2.3. Melengkapkan Borang Reka Bentuk Telaga - [U11-F4-002A-00] (2 Salinan)

4.2.4. Melengkapkan Borang Langkah Pengepaman [U11-F4-002B-00] (2 Salinan)

4.2.5. Melengkapkan Borang Rekod Luahan Tetap [U11-F4-002C-00] (2 Salinan)

4.2.6. Melengkapkan Borang Rekod Ujian Pemulihan [U11-F4-002D-00](2 Salinan)

 

4.3. Bagi Telaga Pembaharuan

a) Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Bumi [U11-L5 -003-00](2 Salinan)

b) Melengkapkan Borang Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Bumi.[U11-F4 -003-00] (2 Salinan)

c) Mengemukakan bayaran Fi Pendaftaran berjumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM150) untuk satu telaga. (Jika permohonan pembaharuan dihantar selepas lesen tamat tempoh)

 

4.4. Penutupan Telaga

a) Setiap telaga yang ingin ditutup atau dikambus semula perlu merujuk kepada pihak LUAS.

b) Kaedah penutupan telaga perlu mengikut Prosedur Penutupan Telaga di bawah Enakmen LUAS 1999 [U011-M3-003-00]

 

5. Prosedur Permohonan Lesen Abstraksi Air Permukaan.

5.1. Lesen Baharu Abstraksi Air Permukaan:

5.1.1. Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Baharu Lesen Abstraksi Air Permukaan. [U11-L5-002-00] (2 Salinan)

5.1.2. Melengkapkan Borang Permohonan Lesen Abstraksi Air Permukaan [U11-F4-004-00](2 Salinan)

5.1.3. Mengemukakan bayaran Fi Pendaftaran berjumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM150) untuk satu titik pengambilan.

 

5.2. Permohonan Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Permukaan.

5.2.1. Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Permukaan. [U11-L5-005-00] (2 Salinan)

5.2.2. Memaklumkan kepada Luas melalui surat rasmi dan melengkapkan borang berikut dalam tempoh tiga bulan sebelum lesen tamat tempoh;

i. Melengkapkan Borang Permohonan Kebenaran Abstraksi Air Permukaan [U11-F4-005-00] (2Salinan)

ii. Mengemukakan bayaran Fi Pendaftaran berjumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM150) untuk satu titik pengambilan. (Sekiranya permohonan pembaharuan dihantar selepas tamat tempoh)

 

5.3. Penutupan Air Permukaan (muka sauk)

a) Setiap muka sauk yang ingin ditutup perlu merujuk kepada pihak LUAS.

b) Kaedah penutupan muka sauk perlu mengikut Prosedur Penutupan Telaga di bawah Enakmen LUAS 1999 [U011-M3-006-00]

 

6. Pemasangan Alat Pengukuran

6.1. Speksifikasi untuk pemasangan meter abstraksi sumber air adalah seperti berikut:

a) Meter yang dipasang hendaklah mempunyai akriditasi daripada SIRIM Berhad.

b) Saiz meter hendaklah bersesuaian dengan jumlah abstraksi air.

No siri meter mesti jelas.

c) Lokasi pemasangan meter hendaklah tidak melebihi 2 meter daripada jarak telaga / mukasauk ataupun mana-mana jarak yang telah diluluskan oleh LUAS.

d) Pemasangan meter hendaklah dibuat mengikut arah (anak panah) yang betul dan meter perlu dipateri (seal).sertaperlumemastikantiadasebaranggangguan.

e) Ujian aliran air perlu dijalankan dan memastikan tiada kesan kebocoran pada sambungan (welding & joint).

f) Pemasangan pili air selepas meter dan pemasangan injap kawalan (gate valve) sebelum meter (jikaperlu).

Borang Permohonan
  1. Senarai Semak

 

      2. Panduan Permohonan

 

      3. Borang Permohonan

{loadposition ABP-caj}{loadposition kal-kom}{loadposition kal-bek}