Sidebar

29
Jum, Okt
As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Pelencongan Air bagi Penjanaan Elekrik

Alat
Tipografi

Pengenalan

Pelencongan suatu sungai daripada alur semulajadinya untuk pembangunan stesen minihidro.

‘Minihidro’ bermaksud mengalirkan tenaga air untuk menghasilkan tenaga elekrik. Air dialirkan melalui sebuah sungai kedalam rumah turbin yang kebiasaannya dibina di bahagian tepi sungai untuk menggerakkan turbin atau kincir air mikrohidro. Tenaga mekanik yang berasal dari putaran proses turbin akan diubah menjadi tenaga elektrik.

Peranan LUAS

Berdasarkan peruntukan dalam seksyen 42(1) Enakmen LUAS 1999, bahawa tiada seorang pun atau pihak berkuasa awam boleh, kecuali di bawah dan menurut terma-terma suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 59, melalui longkang, saliran, saluran, paip atau lain-lain cara melencongkan air mana-mana sungai daripada alur semulajadinya.

Selaras dengan itu, pihak pemaju dikehendaki memohon lesen untuk melencongkan air daripada sesuatu sungai bagi kegunaan penjanaan elektrik daripada pihak Lembaga dengan mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan Seksyen 42(3) dan Seksyen 59(e) Enakmen LUAS 1999 serta Peraturan – Peraturan Pelencongan Air Bagi Penjanaan Elektrik (Selangor) 2014.

Di samping itu, seksyen 44(1) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 memberikan kuasa perundangan kepada Lembaga untuk mengenakan caj ke atas penggunaan, abstraksi, pengeluaran, pembuangan, penyaliran, pelencongan dan pengepongan air atau sumber lain dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Punca Kuasa

Adalah berdasarkan Seksyen 42, Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 iaitu :

Seksyen 42, Pelencongan Aliran Air.

42 (1) Kecuali sebagaimana dibenarkan secara nyata di bawah peruntukan mana-mana undang-undang lain, tiada seorang pun atau pihak berkuasa awam boleh, kecuali di bawah dan menurut terma-terma suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 59, melalui longkang, saliran, saluran, paip atau lain-lain cara melencongkan air mana-mana sungai daripada alur semulajadinya.

(2) Apabila mana-mana lencongan itu telah dibuat, penghuni atau penghuni-penghuni tanah (jika ada) yang mendapat manfaat dari pelencongan itu hendaklah, jika sekiranya tidak ada apa-apa bukti sebaliknya, dianggap telah membuat pelencongan.

(3) Lesen untuk melencongkan air dari suatu sungai bagi kegunaan menjanakan letrik boleh diberikan oleh Lembaga dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Fi dan Caj

Fi pendaftaran : RM 150.00

Fi Lesen             : RM 200.00

Caj pelencongan air sungai untuk penjanaan elektrikRM 50, 000.00 / MegaWatt

Permohonan Lesen Pelencongan Air Bagi Penjanaan Elektrik

Prosedur Permohonan Lesen Pelencongan Air Bagi Penjanaan Elektrik

 

Bagi permohonan baharu pelencongan air bagi penjanaan elektrik;

1. Melengkapkan senarai semak lesen pelencongan air bagi penjanaan elektrik: U017-L5-001-00

2. Melengkapkan borang permohonan lesen pelencongan air (janakuasa elektrik): U017-F4-001-00

3. Mengemukakan bayaran Fi Pendaftaran berjumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM150) untuk setiap permohonan baharu.

4. Mengemukakan bayaran Fi Lesen berjumlah Ringgit Malaysia dua ratus ringgit sahaja (RM250) untuk setiap permohonan baharu / pembaharuan

Borang Permohonan